" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Wednesday, September 26, 2007

Memorandum PAS berkaitan Zaki bakal diserah kepada Sultan Perak

Azamin Amin Foto Nasir Sudin (Harakahdaily)
Wed Sep 26, 07 9:19:19 am MYT

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Hrkh) - "Saya akan mengadap Tuanku Sultan Perak yang merupakan Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja Malaysia dan akan majukan memorandum ini kepada baginda sewaktu pre-council Mesyuarat Majlis Raja-Raja Malaysia nanti."

Demikian janji yang disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Dato' Ibrahim Engku Ngah sewaktu bertemu rombongan Pemuda PAS Pusat Imageyang hadir ke pejabat beliau semalam bagi menyampaikan memorandum berkaitan pelantikan Tan Sri Dato' Zaki Tun Azmi yang penuh kontroversi sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Rombongan Pemuda itu diketuai oleh Ketua Pemudanya Salahuddin Ayub, Timbalannya Ustaz Nasruddin Tantawi, Setiausaha Pemuda Sabkly Latif dan beberapa AJK dan pimpinan pemuda yang lain dan turut hadir sama mengiringi Engku Ibrahim ialah Penolong Setiausaha Dato' Sabtu Awab.

Pelantikan Zaki sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan sangat kontroversi dan mendapat perhatian banyak pihak termasuk pengamal undang-undang, kata Salahuddin ketika satu sidang media yang diadakan di ruang legar pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

"Lantikan secara terus Zaki yang merupakan seorang peguam menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan yang mana mahkamah tertinggi ini mengundang pelbagai persoalan kepada sistem kehakiman negara ini.

"Merujuk kepada amalan biasa pelantikan biasanya dibuat berdasarkan kepada hakim-hakim ini akan melalui proses pelantikan dari Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan seterusnya menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

ImageSebelum ini, beliau telah membawa usul di Parlimen bagi membahaskan pelantikan Zaki Tun Azmi itu namun ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Salahuddin berkata beliau pernah menyemak rekod-reokd prosedur pelantikan hakim di negara-negara Komanwel dan tidak pernah berlaku sebagaimana yang terjadi di Malaysia ini, malah dianggap adalah sesuatu yang luar biasa dan memeranjatkan banyak pihak.

Tambahan pula katanya umum mengetahui beliau adalah pemegang jawatan penting dalam Umno, kata Salahuddin dan dikhuatiri pelantikan beliau ini akan mewujudkan 'trend' yang kurang baik dalam amalan kehakiman di negara ini.

"Kita hantar memorandum ini supaya Majlis Raja-raja membincangkan semula pelantikan beliau yang dilihat boleh menjatuhkan kredibiliti dan integriti badan kehakiman di negara ini," katanya kepada para pemberita yang hadir di sidang media itu.

Zaki pernah langgar undang-undang?

Peguam terkemuka, Tan Sri Zaki Azmi menjadi orang pertama yang dilantik terus sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, dan tidak mengikuti urutan kebiasaannya di mana seseorang itu terlebih dahulu dilantik menjadi hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Zaki mempunyai rekod 'yang masih segar' terlibat dengan perbagai syarikat korporat, firma guaman, parti politik malah juga masih segar dalam melakukan kesalahan secara sedar melanggar undang-undang dalam perkahwinan beliau.

Peguam berusia 62 tahun itu, yang mempunyai kaitan rapat dengan Umno - pernah menjadi penasihat undang-undang parti itu - menerima watikah perlantikannya daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara 6 September lalu.

Zaki, anak kepada Tun Azmi Mohamed yang menjadi Ketua Hakim Negara dari 1966 hingga 1974, merupakan perunding kepada sebuah firma perundangan terkenal sejak September lalu.

Beliau juga pernah dilantik menganggotai Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis pada 2004. Zaki juga merupakan Penasihat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Majlis Sukan Negara.

Zaki juga pernah menjadi pengerusi jawatankuasa disiplin Umno, setiausaha jawatankuasa pemilihan Umno dan timbalan pengerusi lembaga rayuan disiplin Umno.

Kontroversi perceraian

Bagaimanapun, Zaki melepaskan jawatan tersebut pada 2005 ekoran tercetusnya kontroversi berhubung perceraiannya dengan isterinya keduanya yang berusia 30-an.

Zaki mengahwini Nor Hayati Yahaya, 32, pada bulan Mei 2005 dan mereka berpisah selepas tiga bulan mendirikan rumahtangga.

Pasangan tersebut dikahwinkan oleh seorang kadi dari Thailand di Perlis dan kedua-duanya bersetuju untuk membakar sijil asal perkahwinan mereka bagi menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan isteri pertamanya.

Mereka juga mencapai persetujuan sebelum perkahwinan itu bahawa jika hubungan mereka bermasalah, mereka bersetuju untuk berpisah.

Sejak itu, Zaki mendakwa beliau menerima pelbagai ugutan dari Nor Hayati, termasuk dakwaan meminta RM10 juta daripadanya.

Nor Hayati juga didakwa mendesaknya supaya mendaftarkan perkahwinan mereka, jika tidak, Norhayati didakwa mengugut untuk mencemarkan reputasi Zaki. - mks.


1. Perarakan antikerajaan terbesar di Myanmar.
"...askar diarah untuk menembak penunjuk perasaan manakala sebilangan askar didakwa mencukur kepala untuk menyamar sebagai sami bagi menyusup masuk ke dalam kumpulan penunjuk perasaan bagi mencetuskan kekacauan yang akan mengundang tindakan keras kerajaan" - Utusan 26/9/2007

DPP Pekan,
Hai, ni dah macam kejadian kat BT. Buruk je nih..Utusan ni kalau cerita dalam kain sendiri ada panau, kurap, kerapu tak mau ambik hal tapi cerita negara orang bukan main lagi!! habis kudis kerapu orang diselaknya...

Kelakar Suat kabor negara kita nii..takdok independence langsung...kata orang paku serepih...

Esok, perarakan desak penubuhan Suruhanjaya Diraja!

Anis Nazri
Tue | Sep 25, 07 | 4:50:12 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Hrkh) - Majlis Peguam Malaysia akan menganjurkan perarakan di Istana Keadilan di Putrajaya bagi menuntut kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk meneliti dan menyiasat klip video yang menunjukkan seorang peguam kanan, Datuk VK Lingam sedang berbual melalui telefon, didakwa dengan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim untuk mengatur pelantikan hakim.

Perarakan yang bermula jam 11 pagi esok akan bermula dari Istana Keadilan ke Jabatan Perdana Menteri, dan kemudiannya akan menyerahkan memorandum mendesak suruhanjaya itu ditubuhkan segera.

Sebelum ini, kerajaan menolak desakan beberapa pihak, termasuk parti-parti pembangkang dan Majlis Peguam, yang mendesak kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja untuk meneliti keadaan dalam badan kehakiman ekoran pendedahan klip video tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk menyertai perarakan tersebut bagi menyatakan sokongan terhadap usaha tersebut. - mns

Monday, September 24, 2007

Doa Selamat Anjuran Marina Mahathir Untuk Ayahnya


Kesiannya anak Tun M sanggup buat doa selamat utknya menggunakan berbagai kepercayaan, sedangkan terdpt larangan Allah swt dalam
Al Quran surah Al-Kafirun iaitu "Bagi engkau agama engkau dan aku agamaku dan aku tak akan sembah apa yg engkau sembah dan engkau tak akan sembah apa yg aku sembah". Sedihnya multi religion practices sedang berleluasa dipratikkan di Indonesia & Singapura dan nampaknya telah sampai pun di Malaysia kini dan semalampun Majlis fatwa pun dah boleh terima masok org yg tak ada agama background sebagai ahlinya.

Semuanya kerana Malaysia Boleh Surat Jemputan dari Datuk Marina Mahathir,

Dear friends,

You are cordially invited to a multifaith doa selamat
on Sunday Sept 9 2007 at 7pm at Blog House, 66, Lorong Setiabistari 2, Bukit Damansara, KL

Programme:
7pm Arrival of guests

7.15pm Maghrib prayers led by Imam Feisal Abdul Rauf


7.30pm Prayers by each faith to be led by:
Archbishop Murphy Packiam, Christian Federation of Malaysia Swami Samyam Ananda, Divine Life Society (Hindu prayers) Mr BS Tan, Federation of Taoist Associations of Malaysia Buddhist community (TBC) Sikh community (TBC) Baha'i community (TBC) Imam Feisal will end with a doa.

8.00pm Dinner
(Times are approximate)

Please do join us if you can. The gathering is to do a thanksgiving to
God Almighty for my father's successful operation and continued recovery.
It is also an opportunity for us to thank all well-wishers for
the kind prayers and support that they have extended to me and my family. Thank you.

TERJEMAHAN MELAYU - SKANDAL HAKIM

TERJEMAHAN

Ketua Hakim (Dzaiddin) mengatakan yang beliau adalah saudara kepada Agong sekarang (Sultan Sirajuddin, Raja Perlis), maka beliau mahu kekal sehingga 68 (tahun).Jadi saya maklumkan kepada Tengku Adnan, semalam saya ada berjumpa Tengku.

Tengku maklumkan yang PM (Mahathir) begitu marah padanya, PM kata, tidak ada masalah untuk lantik Datuk sebagai pemangku, err.. sahkan jawatan sebagai Presiden Makhamah Rayuan, dan bersungguh untuk pastikan Tan Sri Mokhtar sebagai Ketua Hakim Malaya.

Ah, kita pastikan ianya sulit. Saya sedang bekerja keras untuk tujuan itu.

Kemudian ada sepucuk surat, menurut Tengku, saya akan menemui Tengku esok, ada sepucuk surat telah dihantar kepada Ketua Hakim, maksud saya Tan Sri Dzaiddin, mengatakan yang Datuk Heliliah, Datuk Ramli, dan Datuk Ma’roop dilantik sebagai hakim, dan beliau menolak Datuk Andrew Chui dan Zainuddin Ismail. Ini kerana Zainuddin Ismail ‘mengganggu’ perlantikan Datuk dan Tan Sri Mokhtar.

Dan Datuk juga perlu menulis surat dalam tempoh 5 minggu disahkan sebagai hakim.

Memo kita, saya akan bincang dengan Tun Eusoff Chin dan kita akan serahkan memo yang sama kepada PM.

Saya cuma mahu dapatkan satu salinan surat untuk pastikan yang perkara ini akan disahkan kelak.

Kemudian Tan Sri Dzaiddin sebut bahawa beliau akan menyokong 6 orang untuk Mahkamah Rayuan, tetapi sehingga ke hari ini surat tersebut masih tidak sampai ke tangan PM.

Tan Sri tidak pernah berbincang, malah tidak pernah hantar surat tersebut kepada PM.

Ya, beliau tidak hantar.

Saya faham yang di bawah perlembagaan untuk hakim, semuanya merupakan tugas Datuk untuk menghantar (surat tersebut), tetapi kita tidak perlu ketengahkan isu tersebut sekarang.

Masa yang sukar ya?

Ok. Sebenarnya saya telah pesan kepada Tengku Adnan untuk maklum kepada PM, untuk berjumpa dengan Datuk. Saya akan aturkan supaya Tengku Adnan akan hubungi Datuk secara terus, dan apabila saya dapat nombor telefon Datuk, saya akan minta Tengku untuk hubungi Datuk terus untuk Datuk berjumpa dengan PM lah.
Jadi, sepatutnya semua ok. Kemudian…betul…. Sebab sangat penting untuk kita pastikan ada ‘pemain utama’ di situ.

Betul…Betul…Datuk tahu tak yang masalah sama dihadapi oleh Tun Eusoff Chin. Tun Eusoff cuba lakukan semua ini tetapi beliau ‘kehilangan askar’. Beliau tak dapat lakukan kerana ramai yang datang dari kem berlainan.

Masa itu, kurang bernasib baik kerana Tun Daim telah lakukan sabotaj.

Datuk tahu?

Jadi adakah semuanya ok dengan Datuk? Semuanya ok?

Tidak, jangan risau. Datuk perlu tahu, kadang-kadang Tan Sri Vincent sebut, sebahagian daripada masa mereka hanya bercakap soal kehakiman daripada melakukan kerja. Tetapi jika saya tidak laksanakan bahagian ini, kerja saya akan jadi sia-sia.

Hahaha. Ah, ya. Betul… Setuju… Betul. Ah, betul, susah.

Datuk cuba lihat, sekarang dia (Dzaiddin) nak lantik 6 orang hakim Mahkamah Rayuan, jadi dia boleh letakkan orang-orangnya sebelum dia bersara.

Betul… ah, kemudian? Ah, betul. Tetapi jangan bimbang, saya akan lakukan kerja ini, saya akan dapatkan Tengku Adnan untuk aturkan dengan PM untuk hubungi Datuk dan Tan Sri Vincent Tan, untuk PM hubungi Datuk.

Dan sebenarnya Datuk, saya betul-betul berterima kasih dengan Tan Sri Vincent Tan. Datuk tahu kenapa?

Saya paksa beliau, malah saya bertengkar dengan beliau.

Satu hari saya datang ke rumah Vincent Tan, saya marah beliau pada malam saya di rumahnya.

Saya cakap, ‘kalau awak tak lakukan siapa yang akan buat?’

Semua orang-orang ini, Tun Eusoff Chin, Datuk Ahmad Fairuz, Tan Sri Zainon, semuanya berebutkan jawatan tersebut.

Kemudian beliau hubungi Tengku Adnan.

Saya hubungi Tengku Adnan, beliau cakap ‘Saya bukan Perdana Menteri Malaysia lah!’ Datuk tahu?

Jika orang tua itu tak mahu dengar cakap saya, pergi jahanamlah!
Tengku bertekak dengan saya. Saya cakap, “tak apa, tak apa. Kalau Tengku tidak cakap dengan saya, Tengku cakap dengan PM lagi esok pagi untuk lantik Datuk Ahmad Fairuz sebagai Ketua Hakim Malaya.”

Dan keesokan paginya Tengku berjumpa PM dan hubungi saya balik pada 9.30 pagi, dan beliau maklumkan yang PM telah bersetuju.

Jadi saya bilang, “tak apa, kita harapkan yang terbaik.”

Saya bilang, tak ada percubaan yang merosakkan, paling buruk yang bakal terjadi ialah awak tewas.

Jadi orang tua, dia dah berusia 76 tahun, dia ‘dibisik’ dimana-mana, dan kalau kita tak ‘bisik’ sama, dia akan dipengaruhi oleh pihak lain.

Tapi sekarang PM begitu teliti kerana setiap kali beliau peroleh surat daripada Tan Sri Dzaiddin, beliau akan hubungi Tengku Adnan dan maklumkan ‘bincang dengan Vincent, datang dan bincang.’

Ya..ya..ya. Betul.,. Ya, tetapi Datuk tengok, walaupun saya kenal PM, saya adalah pengamal guaman. Pendapat saya.. akan melalui mereka, akan melalui mereka lah.

Ah…

Dan kemudian Dzaiddin akan hubungi dan beritahu mereka yang Datuk berjumpa dengan PM dan Datuk jadikan ini satu isu besar.

Oh ya..saya terfikir begitu juga.

Ok. Ok. Baik… Ok…

Ah… Betul…

Sekarang saya dengar Raja Aziz, Raja Aziz ada bercakap dengan peguam saya Thayalan, dan seorang peguam lagi, Ailan, di Mahkamah Tinggi, mereka ada kes satu sama lain.

Jadi Thayalan dan Ailan bertanya kepada Raja Aziz, bagaimana keadaan Tan Sri Wan Adnan?

Raja Aziz bilang Wan Adnan sudah nazak. Tetapi Datuk tahu apa perkara yang mengejutkan yang Raja Aziz beritahu?

Datuk Fairuz sudah jadi Ketua Hakim Malaya. Dia mendahului semua orang. Dalam tempoh 3 bulan
Dia (Fairuz) akan jadi Presiden Hakim Rayuan, dan dalam tempoh 6 bulan dia akan jadi Ketua Hakim.
Raja Aziz bilang beliau tak akan terima kejutan ini. Dia cakap lah.

Ha, nampaknya mereka akan atur satu kempen untuk jatuhkan Datuk. Tetapi Datuk cuma perlu senyap, jangan cakap apa-apa.

Walaupun ditanya oleh wartawan, Datuk sekadar cakap ‘saya serahkan kepada Tuhan,’ cukup.

Jangan sesekali cakap.

Saya suka kenyataan anda.

Datuk sebut saja Datuk telah bekerja keras. “apa lagi yang boleh saya buat? Saya serah pada Tuhan.”

Itu jawapan terbaik yang boleh Datuk berikan.

Ah…Saya juga akan minta Tan Sri untuk ingatkan PM untuk anugerahkan gelaran Tan Sri tahun ini (kepada Datuk).

Ah…Datuk tahu, ini akan naikkan imej Datuk. Datuk pun tahu kan.

Oh. Ya…

Ha.. Steve Shim dapat begitu cepat, Tan Sri Chong terpaksa tunggu sehingga 4 tahun untuk dapatkan gelaran Tan Sri.

Ah…Ya Tuhan. Sebab itulah…

Betul…

Ya…

Betul…

Betul…

Jangan risau, kita akan aturkan semua ini.

Jika Tan Sri Vincent dan Tengku Adnan mahu berjumpa Datuk secara sulit –saya yakin mereka akan jumpa- Saya akan hubungi Datuk.

Kita akan aturkan secara sulit, di kawasan yang bebas.

Tidak, jangan risau Datuk. Saya tahu bagaimana Datuk sengsara demi Tun Eusoff Chin.

Dan Tun sebut kesetiaan Datuk Ahmad Fairuz adalah 110%.

Kita mahu pastikan yang orang kita ada di sana untuk kebaikan PM dan Negara.

Bukan untuk kepentingan kita, bukan untuk kepentingan kita.

Kita mahu pastikan yang Negara diutamakan dengan baik.

Datuk terlalu sengsara, sudah banyak yang Datuk telah lakukan, termasuk petisyen pilihanraya, Wee Choo Keong, semuanya lah. Takkan ada sesiapa yang boleh lakukan semua ini.

Ya..Datuk pun tahu, baik lah.

Ok, jangan risau. Saya bersungguh-sungguh menguruskan perkara ini.

Ya..ya.. Jangan risau, jangan risau.

Kita bersungguh-sungguh demi perkara ini. Dan Datuk, sekiranya Tan Sri Vincent dan Tengku Adnan mahu bertemu dengan Datuk, saya akan aturkan di tempat yang sulit.

Ok Datuk, moga Tuhan merahmati kamu dan keluarga.

Terima kasih. Bye.

TAZKIRAH : KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

UST. AHMAD RUMZI BIN MUSA

Ketua Lajnah dakwah Dan Pengkaderan

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN

Di dalam satu hadis menyebut :

شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ

Maknanya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka

Inilah kelebihan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan. Secara ringkasnya bulan Ramadhan terbahagi kepada 3 fasa iaitu :

Fasa Pertama : 10 hari yang awal merupakan fasa rahmat

Fasa Kedua : 10 hari berikutnya merupakan fasa keampunan

Fasa Ketiga : 10 hari terakhir merupakan fasa keselamatan daripada api neraka

Oleh itu, marilah kita merebut peluang ini dengan mengandakan amalan soleh pada siang dan malam bulan Ramadhan semoga kita semua akan mendapat segala kebaikan yang tidak terhingga ini daripada Allah.

Fasa Kedua Bulan Ramadhan

Tanpa disedari, waktu berjalan begitu pantas dan kita sekarang telah berada di fasa ke-2 bulan Ramadhan iaitu fasa pengampunan (maghfirah).

Bagi mereka yang terlepas peluang untuk mengaut imbuhan pada fasa pertama (rahmat), maka bersegeralah bangkit semula untuk mengejar dan mengambil peluang dengan sebaik-baiknya pada fasa ke-2 ini.

Marilah kita memperbanyakkan doa memohon keampunan dari Allah pada waktu ini. Ini adalah bonus yang diberikan Allah kepada kita dan janganlah kita melepaskannya. Banyakkan membaca doa ini :

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا

Allahumma innaka ‘afuuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annaa

Maknanya : Ya Allah, sesungguhnya engkau amat pemaaf, menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami

Terjemahan perkataan :

اللَّهُمَّ (Allahumma) - Ya Allah

إِنَّكَ (innaka) - sesungguhnya engkau

عَفُوٌّ (’afuuwun) - pemaaf

تُحِبُّ (tuhibbu) - menyukai

العَفْوَ (al-’afwa) - kemaafaan

فَاعْفُ (fa’fu) - maka maafkanlah

عَنَّا (’annaa) - dari kami

Ayuhlah kaum muslimin dan muslimat sekalian, kita melipatkali gandakan amalan pada bulan Ramadhan ini dan meneruskannya pada malam 10 terakhir dan semoga amalan baik yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini menjadi titik permulaan perubahan ke arah kebaikan untuk diri kita semua demi mencapai keredhaan Allah seterusnya mencapai kejayaan di dunia dan akhirat yang kekal abadi.

Saturday, September 22, 2007

Polis: Ibu bapa Nurin boleh dituduh cuai


21-09-2007 10:03:02 PM
Oleh SA'ODAH ELIAS

PUTRAJAYA: Baru beberapa jam selesai mengkebumikan jenazah anak mereka yang meninggal dunia akibat deraan seksual, Jazimin Abdul Jalil dan isterinya Norazian Bistaman kini menghadapi kemungkinan didakwa kerana cuai.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis kini sedang menyiapkan laporan kes berkenaan dan jika mendapati terdapat elemen cuai sehingga menjurus kepada penculikan Nurin Jazlin, ibu bapa mangsa boleh diambil tindakan undang-undang bawah Akta Perlindungan Kanak-kanak.

"Jika ada kecuaian, kita akan cadangkan kepada Peguam Negara agar tindakan undang-undang diambil ke atas mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Suruhanjaya Polis yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri hari ini.

Musa berkata, peruntukan undang-undang terhadap ibu bapa yang cuai menjaga keselamatan anak mereka telah lama wujud, tetapi belum pernah dikuatkuasakan selama ini.

"Saya rasa sudah sampai masanya untuk kita kuatkuasakan peruntukan itu," tambahnya.

Beliau juga berkata polis telah membatalkan rancangan mengadakan ujian DNA kali kedua setelah ibu bapa Nurin menerima keputusan ujian pertama semalam yang mengesahkan mayat di dalam beg sukan yang ditemui di Petaling Jaya pada Isnin lalu adalah anak mereka yang hilang selama sebulan.

Katanya, ibu bapa Nurin menerima keputusan ujian itu setelah diberikan penjelasan mengenainya serta rekod pergigian mangsa yang menunjukkan mayat itu anak mereka.

Ibu bapa Nurin, katanya, kemudian bersetuju bahawa ujian DNA kedua tidak perlu dijalankan.

Mangsa berusia lapan tahun yang diperlakukan dengan kejam setelah diculik sejak 20 Ogos lalu dikebumikan selepas solat Jumaat tengah hari tadi.

Ditanya perkembangan siasatan kes itu, Musa berkata polis kini bekerja keras untuk mencari seorang suspek yang dipercayai bertanggungjawab terhadap perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.

Beliau bagaimanapun sekali lagi enggan memberikan sebarang maklumat lanjut mengenai suspek yang menjadi buruan pihaknya kerana bimbang lelaki itu melarikan diri.

Berikutan kes penculikan Nurin, katanya, polis kini meningkatkan rondaan di beberapa kawasan, termasuk kawasan Kampung Baru, Chow Kit dan Jalan Masjid India.

Sementara itu Perdana Menteri menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Nurin atas kejadian malang ini.

Sambil meluahkan rasa sedih dan marahnya atas kejadian kejam ini, Abdullah menyifatkan kejadian penderaan seksual sehingga mati itu sangat menyayat hati.

IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH