" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Wednesday, September 26, 2007

Esok, perarakan desak penubuhan Suruhanjaya Diraja!

Anis Nazri
Tue | Sep 25, 07 | 4:50:12 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Hrkh) - Majlis Peguam Malaysia akan menganjurkan perarakan di Istana Keadilan di Putrajaya bagi menuntut kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk meneliti dan menyiasat klip video yang menunjukkan seorang peguam kanan, Datuk VK Lingam sedang berbual melalui telefon, didakwa dengan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim untuk mengatur pelantikan hakim.

Perarakan yang bermula jam 11 pagi esok akan bermula dari Istana Keadilan ke Jabatan Perdana Menteri, dan kemudiannya akan menyerahkan memorandum mendesak suruhanjaya itu ditubuhkan segera.

Sebelum ini, kerajaan menolak desakan beberapa pihak, termasuk parti-parti pembangkang dan Majlis Peguam, yang mendesak kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja untuk meneliti keadaan dalam badan kehakiman ekoran pendedahan klip video tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk menyertai perarakan tersebut bagi menyatakan sokongan terhadap usaha tersebut. - mns

No comments:

IKUT KAMI DISINI..