" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Saturday, September 18, 2010

Saturday, September 4, 2010

PAS PEKAN ZIARAH HOSPITAL

Oleh : Lajnah IT, DPPP

3hb September 2010, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Pekan diketuai YDP Ustaz Abu Kassim bin Manaf telah mengadakan program ziarah ke wad-wad Hospital Pekan bagi tujuan menyampaikan sumbangan hari raya kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Program yang disertai oleh beberapa AJK PAS Kawasan, Pemuda dan Muslimat itu telah menjadi program tahunan PAS Pekan dan sambutan yang diterima oleh kakitangan Hospital Pekan adalah amat baik sekali.

Program yang bermula sekitar jam 3.00 petang itu telah menjaya bertemu dan menyerahkan sumbangan kepada pesakit-pesakit di Wad lelaki, Wad kanak-kanak dan Muslimat kawasan pula mengadakan ziarah ke Wad wanita ditingkat 2 Hospital Pekan. Kakitangan hospital yang bertugas di wad-wad yang dikunjungi pada hari itu juga tidak dilupakan dan diberikan sumbangan berupa kuih raya. Sambutan rombongan PAS telah menjadi kejutan kepada penghuni wad-wad Hospital Pekan dan mereka semua gembira dengan kunjungan tersebut.

Selesai menziarahi pesakit di wad-wad Hospital Pekan, rombongan PAS Kawasan Pekan telah menziarahi pesakit di Pusat Hemodialisis Hospital Pekan yang terletak di Bangunan Hospital lama di Bandar Pekan. Kunjungan rombongan PAS telah disambut oleh kakitangan bertugas di wad tersebut dan sambutan baik yang diberikan oleh kakitangan wad Hemodialisis amat-amat dihargai oleh rombongan PAS Kawasan Pekan.

Pusat Hemodialisis ini menempatkan 10 unit mesin homodialisis dan digunakan secara bergilir oleh pesakit-pesakit buah pinggang di kawasan Pekan. Seorang Pesakit, Encik Abdul Halim bin Mat Esa dari Kampung Siong menyatakan beliau mulai menggunakan mesin Homodialisis pada November 2010 dan setiap kali menggunakan mesin tersebut ia mengambil masa sehingga 4 jam. Setiap minggu sebanyak 3 kali rawatan mencuci darah perlu dilakukan.

Kebanyakan pesakit amat gembira bertemu dengan rombongan PAS Kawasan Pekan terutama YDP PAS Kawasan dan ada yang meminta YDP mendoakan untuk kesembuhan dari penyakit mereka.








Wednesday, September 1, 2010

KONTIGEN PAS MENYERTAI PERBARISAN KEMERDEKAAN

Oleh : Lajnah IT, DPPP

Tanggal 31hb. Ogos 2010, PAS kawasan Pekan sekali lagi diberi penghormatan untuk sama-sama menyertai perbarisan hari kemedekaan peringkat daerah Pekan. Malah bagi tahun ini, YDP PAS Kawasan Pekan Al Fadhil Ustaz Abu Kassim bin Manaf telah sama-sama dijemput mengiringi Pegawai Daerah Pekan bersama VIP yang lain untuk memeriksa perbarisan.

Penyertaan kontigen PAS kali ini disertai oleh 18 orang peserta kontigen dengan 2 orang muslimat menyertai bersama perbarisan tersebut. Selain dari parti PAS parti-parti lain seperti UMNO, MIC, MCA dan PPP juga dijemput bersama menyertai perbarisan tersebut.

Penyertaan PAS dalam perbarisan kemerdekaan membuktikan bahawa Parti PAS juga cintakan negara dan setiap ahli PAS juga mempunyai sifat patriotik didalam jiwa mereka. Namun begitu, sebagai sebuah jemaah Islam yang memperjuangkan sebuah negara Islam di Malaysia sudah tentu perkara utama adalah menegakkan Islam. Selagi program yang dianjurkan pihak kerajaan tidak bercanggah dengan kehendakan syariah dan Islam maka PAS sentiasa sedia bersama menyertainya.

Kami mengucapkan syabas kepada kontigen PAS Kawasan Pekan kerana menyertai perbarisan tersebut.



Friday, August 13, 2010

'MAT SABU' PEKAN KEMALANGAN

Hari ini..3 Ramadhan 1431 Hijrah, bersamaan 13 Ogos 2010 satu kemalangan yang melibatkan seorang aktivis PAS Kawasan Pekan iaitu saudara Abdul Ghaffar atau lebih dikenali oleh Ahli PAS Kawasan Pekan sebagai MAT SABU.

Kemalangan tersebut berlaku pada jam 1 petang ketika beliau bersama anak lelakinya berumur 15 tahun menunggang motosikal untuk bersolat Jumaat di Masjid Tanah Putih, Pekan. Kejadian yang mengejutkan ramai ahli PAS tersebut berlaku di simpang 4 Kampung Pulau Serai berdekatan surau Kampung tersebut.

Ketika kemalangan tersebut berlaku, 'MAT SABU' tidak sempat mengelak dipersimpangan 4 tersebut lalu terlanggar sebuah kenderaan Proton Satria. Beliau tercampak dan pengsan tidak sedarkan diri ketika kemalangan tersebut berlaku. Anak beliau mendapat kecederaan ringan dengan luka dibahagian lengan.

Beliau dikejarkan ke Hospital Pekan dengan serta merta dan ketika sampai di Hospital Pekan beliau mulai sedar . Beliau mendapat kecederaan di bahagian kaki dan hidung serta sakit dibahagian dada dan pinggang.

Beliau mendapat rawatan di wad kecemasan dan doktor bertugas telah membuat X-ray di bahagian kepala serta dada dan telah membuat keputusan membenarkan beliau pulang dengan jangan rapi dan memastikan jika beliau muntah-muntah dan sakit kepala dalam masa 24 jam tersebut maka perlulah dibawa ke hospital dengan kadar segera. Pada Jam 3.15 petang beliau telah dibenarkan pulang untuk berehat dirumah.

Antara yang awal melawat beliau adalah YDP PAS Kawasan Pekan Ustaz Abu Kassim Manaf, Timbalan YDP PAS Kawasan Pekan Cikgu Abu Kassim Abdul Ghani, Ustaz Karim Sidek, Abang Wan Zainuddin, Kapten Ahiatuddin (Setiausaha PAS Kawasan) dan beberapa AJK Pemuda Kawasan.

Pihak PAS Kawasan Pekan mengucapkan ribuan terima-kasih kepada doktor dan kakitangan Hospital Pekan kerana telah memberi rawatan dan layanan yang baik kepada 'MAT SABU'.

Sunday, July 25, 2010

LEBIH BAIK BERPECAH DARI DERHAKA KEPADA ALLAH - NAIB PRESIDEN


Harakahdaily

TEMERLOH, 21 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah.

Dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada Harakahdaily, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mempersoalkan, apakah apa yang dibuat oleh Umno sekarang untuk perpaduan bangsa atau Islam.

Beliau dipercayai mengulas usaha yang dibuat oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang cuba mengheret PAS agar bersatu dengan Umno atas landasan untuk kepentingan Melayu dan Islam.

Ia dilihat sebagai usaha untuk menyelamatkan Umno yang sedang karam dan cuba untuk menyeret PAS ke arah permasalahan itu.

"Isu perpaduan Melayu kembali bergema. Kali ini ianya melibatkan usaha golongan agama (Mufti) dan kepimpinan Umno," tulis Tuan Ibrahim dalam kenyataannya.

Pelbagai komentar dan pandangan dari pelbagai pihak diambil bagi menyokong usaha perpaduan Melayu ini; sekaligus seolah-olah sesiapa yang tidak inginkan perpaduan Melayu adalah golongan yang bertindak bertentangan dengan kehendak Islam.

Menurutnya, pelbagai ayat Quran dan hadis bergema bagi menyokong usaha ini.

“Sebagaimana biasa PAS menjadi sasaran bilamana dengan tegas menolak hasrat perpaduan dengan Umno,” katanya.

“Isu besar ialah apakah untuk perpaduan bangsa atau perpaduan Islam. Kalau perpaduan bangsa; kenapa hanya Melayu perlu berpadu, bagaimana bangsa lain dalam negara. Apakah kerajaan suka kalau bangsa lain berpecah yang juga akhirnya melemahkan negara,” kata Tuan Ibrahim, bekas pensyarah pengajian Islam UITM itu.

“PAS Menyatakan dengan tegas kita perlu bersatu di atas landasan yang digariskan oleh Allah; iaitu “Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”.

“Lantaran itu PAS lebih rela melayu berpecah dalam mentaati perentah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah,” kata beliau.

PAS, katanya, tidak akan merelai perpaduan bagi mendokong tindakan yang bertentangan dengan Islam yang ditaja oleh Umno.

“Mereka sanggup menghalalkan perjudian di atas nama kebajikan dan sukan, serta pelbagai penyelewengan. Di saat rakyat tenderita dengan tekanan hidup akibat kenaikan kos hidup, rakyat melihat Umno gagal menjaga bangsa dan agama, maka jangan kegagalan ini disalahkan PAS,” tambah beliau.

Katanya, di saat rakyat menderita dengan tekanan hidup akibat kenaikan kos hidup, rakyat melihat Umno gagal menjaga bangsa dan agama, maka jangan kegagalan ini disalahkan PAS kerana lebih 50 tahun Umno diberi kepercayaan oleh orang melayu Islam.

“Umno membelakangkan soal perpaduan; kelantan terus ditindas bahkan negeri Pakatan Rakyat terus diserang saban waktu. Tangan kiri mengholor perdamaian, tangan kanan terus menekan dan menindas bangsa sendiri.

“Kami tidak mahu memikul pengkhianatan UMNO kepada agama. 50 tahun negara ini tidak pernah merasai berjalannya hukum Allah secara menyeluruh, riba rasuah, pusat maksiat berleluasa sehingga remaja seolah-olah tiada hala tuju,” katanya.

Rakyat miskin, katanya, terus dibeban dengan kenaikan kos hidup; di waktu yang sama syarikat swasta kroni pemerintah terus menikmati subsidi luas biasa seperti IPP (Independent Power Producers).

Syarikat konsesi tol pula tidak dipotong subsidi mereka bahkan pembaziran terus berleluasa.

“Di saat negara berada dalam situasi paling buruk dalam sejarah dengan pelbagai isu besar spt penyerahan Blok L,M kepada Brunei, Tanah KTM di Singapura, Isu kemerosotan dana Felda yang mengejutkan, serta pelbagai gejala social yang berlaku menuntut rakyat membuat perubahan besar; bukan meminta PAS memikul sama kemungkaran ini,” tegas beliau.

KISAH ULAMA & 40 ORANG...??

Kisah ulama dan 40 orang penyamun


Media tempatan melaporkan 40 orang ulama muda menyertai UMNO. Sedangkan yang hadir hanyalah 16 orang. 4 daripada mereka mendakwa ditipu. Namun mengapa akhbar melaporkan 40 orang.

Kisah yang sangat sinonim dengan angka 40 ialah Ali Baba dan 40 orang penyamun. Ini bermakna Ulama muda tu telah menyertai gerobolan penyamun yang menyamun harta negara, sebab itulah angka 40 digunakan untuk mengambarkan kemasukkan mereka kedalam UMNO.

Dialog dulu-dulu "Bapa disana tu penyamun, abang di sini penyangak. dah kenalah penyamun jual penyangak. " P. Ramlee dalam filem 3 ABDUL.

Barang kali kalau P Ramlee masih hidup, akan muncullah dialog begini. "anak Pak Kasim tu penyamun, ulama muda yg masuk UMNO tu penyangak (cari habuan) Dah kenalah penyamun jual penyangak"

Submber : Ilham Najmi

IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH