" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Saturday, September 4, 2010

PAS PEKAN ZIARAH HOSPITAL

Oleh : Lajnah IT, DPPP

3hb September 2010, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Pekan diketuai YDP Ustaz Abu Kassim bin Manaf telah mengadakan program ziarah ke wad-wad Hospital Pekan bagi tujuan menyampaikan sumbangan hari raya kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Program yang disertai oleh beberapa AJK PAS Kawasan, Pemuda dan Muslimat itu telah menjadi program tahunan PAS Pekan dan sambutan yang diterima oleh kakitangan Hospital Pekan adalah amat baik sekali.

Program yang bermula sekitar jam 3.00 petang itu telah menjaya bertemu dan menyerahkan sumbangan kepada pesakit-pesakit di Wad lelaki, Wad kanak-kanak dan Muslimat kawasan pula mengadakan ziarah ke Wad wanita ditingkat 2 Hospital Pekan. Kakitangan hospital yang bertugas di wad-wad yang dikunjungi pada hari itu juga tidak dilupakan dan diberikan sumbangan berupa kuih raya. Sambutan rombongan PAS telah menjadi kejutan kepada penghuni wad-wad Hospital Pekan dan mereka semua gembira dengan kunjungan tersebut.

Selesai menziarahi pesakit di wad-wad Hospital Pekan, rombongan PAS Kawasan Pekan telah menziarahi pesakit di Pusat Hemodialisis Hospital Pekan yang terletak di Bangunan Hospital lama di Bandar Pekan. Kunjungan rombongan PAS telah disambut oleh kakitangan bertugas di wad tersebut dan sambutan baik yang diberikan oleh kakitangan wad Hemodialisis amat-amat dihargai oleh rombongan PAS Kawasan Pekan.

Pusat Hemodialisis ini menempatkan 10 unit mesin homodialisis dan digunakan secara bergilir oleh pesakit-pesakit buah pinggang di kawasan Pekan. Seorang Pesakit, Encik Abdul Halim bin Mat Esa dari Kampung Siong menyatakan beliau mulai menggunakan mesin Homodialisis pada November 2010 dan setiap kali menggunakan mesin tersebut ia mengambil masa sehingga 4 jam. Setiap minggu sebanyak 3 kali rawatan mencuci darah perlu dilakukan.

Kebanyakan pesakit amat gembira bertemu dengan rombongan PAS Kawasan Pekan terutama YDP PAS Kawasan dan ada yang meminta YDP mendoakan untuk kesembuhan dari penyakit mereka.








No comments:

IKUT KAMI DISINI..