" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Monday, April 12, 2010

MUKTAMAR AGONG PAS KAWASAN PEKAN

11 April 2010, PAS Kawasan Pekan telah selamat Bermuktamar. Program bermula sekitar jam 8.30 pagi bagi sessi pendaftaran perwakilan cawangan=cawangan PAS Kawasan Pekan dan juga pendaftaran pemerhati yang datang dari cawangan-cawangan PAS yang ingin sama-sama bermuktamar pada hari tersebut.
Kehadiran AJK PAS Pusat, yang juga ahli parlimen PAS Dr. Mujahid bin Haji Yusoh Rawa sebagai perasmi Muktamar memeriahkan lagi program tersebut.

Kehadiran beliau sejak petang 10 April 2010 sempat bersama-sama dalam program Ceramah Umum di Kampung Pelangkah yang hanya 3 km dari kediaman PM di Pekan. Kehadiran POLIS dengan road block telah menjadi perkara biasa apabila ada Ceramah Umum diadakan dikawasan Pekan.

Pada ucapan Perasmian, YB Dr. Mujahid Yusof Rawa sempat mengimbau sejarah perjuangan Ayahanda beliau yang begitu gigih berjuang bersama rakan seperjuangan mereka pada zaman itu. Beliau mengingatkan generasi beliau dan perwakilan yang adalah zaman yang sangat bertuah apabila menyertai perjuangan PAS dimasa PAS berada di hampir punjak kejayaan.







Perwakilan Menyanyikan Lagu Rasmi PAS















Ucapan Aluan Ketua Umla PAS Pahang merangkap YDP PAS Kawasan Pekan, Al Fadhil Ustaz Abu Kassim Manaf
















Ucapan Perasmian oleh AJK PAS Pusat merangkap Ahli Perlimen PAS pda Muktamar Agong PAS Kawasan Pekan














JASA MU DIKENANG..

Tuan Haji Abdul Malik menerima penghargaan diatas sumbangan peribadi beliau kepada Pembangunan PAS Kawasan Pekan dan cawangan Shahbandar.


Tuesday, April 6, 2010

KAMI SELAMAT BERMUKTAMAR KALI KE 24

Alhamdulillah, Syukur kami kehadrat Allah S.W.T kerana Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan untuk kali ke 24 telah berjaya mengadakan Muktamar Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan. Program bermula seawal 8.30 pagi pada tanggal 4hb. April 2010 untuk sessi pendaftaran Perwakilan, pemerhati serta dif-dif Jemputan.




Sekitar Jam 9.00 pagi mengikut jadual, seramai 38 orang perwakilan dari cawangan-cawangan PAS dalam kawasan Pekan telah hadir bermuktamar. Kehadiran Dif Jemputan juga tidak kurang ramainya, YDP PAS Kawasan Pekan yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Al fadhil Ustaz Abu Kassim bin Manaf bersama AJK PAS Kawasan juga hadir bersama pada majlis perasmian Muktamar DewanPemuda PAS Kawasan Pekan. Mantan AJK Dewan Pemuda Kawasan Pekan juga turut hadir bersama pada hari tersebut. Hampir 60 orang berada bersama pada sessi perasmian Muktamar kali ini.






















Muktamar kali ini sangat bertuah kerana telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat iaitu Ustaz Azman Shapawi bin Abd Rani. Sudutan ucapan beliau boleh sama-sama diikuti disini..

Wakil dari Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang yang juga Ketua Pemuda PAS Rompin Ustaz Nazri memantau muktamar Agung sehingga selesai sekitar jam 12.00 tengahari.



Pencatat minit sedang menjalankan tugas merekodkan perjalanan muktamar.

Wednesday, March 31, 2010

KARNIVAL ORANG MUDA GENG KITA

Karnival orang muda geng kita, selama dua hari berjalan lancar walaupun dihari pertama menyaksikan hujan turun berterusan sehingga petang.Majlis bermula seawal jam 9 pagi dengan uacapan dari pimpinan DPP negeri dan juga dari Timbalan Pesuruhjaya, ustaz Yusof Embong.Perasmian disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi yg berucap dgn penuh semangat





Pada sebelah malamnya konsert ketuhanan dengan lagu-lagu berunsur ketuhanan didendangkan oleh penyanyi terkenal seperti Ringgo, Muslim Voice, Kamarul Raihan sert aAkhwan Affandi.




Perbagai acara sukan diadakan seperti sepak raga bulatan, dart, boling kelapa dan yang paling menggamit peserta pada hari tersebut adalah pertandingan Paint Ball yang dibawa Khas oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang.

Pasukan dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan juga telah menghantar peserta namun berakhir dengan kekalahan. Namun begitu ia Kemengan bukan perkara utama yang difikirkan tetapi keseronokan anak muda dan keeratan Ukhwah dapat dijalinkan diantara organisasDewan Pemuda PAS dengan anak-anak muda yang menyertai program tersebut.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan telah menghantar rombongan seramai 40 orang anak muda yang diketuai oleh Ketua Pemuda Ustaz Mohd Fadhil Noor bin Abdul Karim. Program sebegini perlu dijadikan aktiviti tahunan kerana ia berjaya menarik anak muda bersama-sama Pemuda PAS.



kredit photo : http://dpptemerloh.blogspot.com




Wednesday, February 3, 2010

BILA UMNO TIDAK MENYERANG PAS - NAIB PRESIDEN PAS


Berada di kerusi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti bukanlah sesuatu tempat yang mudah dan selesa. Ia adalah tempat yang akan menerima pelbagai kecaman dan kritikan, dan di waktu yang sama saya tidak boleh membela diri kerana sebarang jawapan kepada kritikan berhubung keputusan JK Disiplin, akan mendedahkan beberapa maklumat sulit parti, yang tidak perlu diketahui oleh umum.


Sewaktu saya ditawarkan jawatan ini, saya merayu beberapa kali agar melantik orang lain, bukan untuk lari dari amanah, tetapi ianya tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya tidak suka menghukum orang, apa lagi untuk menjatuhkan hukuman ke atas sahabat satu jamaah. Bahkan saya sangat bersetuju suatu pindaan Perlembagaan parti perlu dibuat agar


Pengerusi JK Disiplin tidak diambil dari kalangan AJK Pusat; kerana ia akan dilihat ‘tidak adil’ terutama bilamana kita terpaksa membicarakan AJK sendiri atau pemegang jawatan parti. Undang-undang bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu dilihat adil. Mungkin satu masa yang terdekat perkara itu akan dipinda, dan itulah harapan saya. Bukan untuk lari dari amanah, tetapi untuk kebaikan parti yang terus berkembang dan akan pasti berhadapan dengan lebih banyak karenah dalaman.


Bilamana saya dihadapkan dengan kes membabitkan dua tokoh di Selangor , Dato’ Dr Hassan Ali dan YB Khalid Samad, kedua-duanya adalah sahabat baik yang semua orang tahu. Saya mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Khalid Samad, bahkan kalau ke Shah Alam, Markaz PAS Seksyen 18 adalah tempat penginapanan saya. Di situlah saya berehat dan tidur selepas program di Shah Alam, dan Khalid Samad antara orang terawal saya hubungi, memaklumkan bahawa saya masuk kawasan jajahan takluknya, sebagai Ahli Parlimen. Biasa kami akan berjumpa, minum-minum berbual-bual. Bahkan selepas hukuman dijatuhkan kepada beliau saya hubunginya di luar Negara, memaklumkan keputusan, dan memohon keampunan Allah kalau saya tersilap dalam membuat keputusan kepada sahabat sendiri.


Tapi apakan daya, hukuman dan keputusan terpaksa dijatuhkan. Hanya saya rasa kurang terbeban bilamana keputusan dibuat dengan sebulat suara oleh semua Ahli JK Disiplin. Di kalangan kami ada bekas hakim dan peguam veteran PAS, Dato’ Abd Mutalib Embong dan Tuan Guru Hj Osman, seorang ulamak terkenal yang pernah menuntut di Makkah al-Mukarramah dalam bidang syariah.


Saya memaklumkan kepada YB Khalid Samad, agar menggunakan peruntukan perlembagaan untuk membuat rayuan kepada JK Pusat dan Syura, sekiranya beliau rasa hukuman tidak berpatutan. Saya masih ingat kata-kata beliau sebelum beliau ke luar negara, dalam pertemuan sewaktu membincangkan isu kalimah Allah, beliau berkata: “Kalau ana bersalah, hukumlah, jangan anta rasa berat pulak.” Saya menjawab : “ InsyaAllah, semoga Allah memudahkan urusan ini.” Beliau menyatakan dengan keputusan ini beliau sukar untuk merasmikan mesyuarat agung cawangan –cawangan yang telah membuat jemputan tetapi beliau boleh hadir atas sifat sebagai Ahli Parlimen, dan aktiviti beliau boleh berjalan macam biasa.


Saya teringat bila mana Umar al-Khattab melucutkan jawatan Khalid al-Walid ( bukan menggantungnya ) sedangkan Khalid tidak melakukan apa-apa kesalahan. Khalid terus berjuang sehingga penyokong hairan dengan tindakannya. Mereka bertanya: “Kenapa kamu tidak nampak apa-apa perubahan?” Beliau menjawab: “Aku bukan berperang kerana jawatanku, tetapi kerana Allah!” Bahkan beliau terus mengemukakan cadangan kepada penglima baru bilamana melihat tentera Islam hampir kalah. Inilah semangat Khalid al-Walid. Saya yakin kita perlu mencontohinya.


Kami tidak ada agenda untuk menjatuhkan seseorang atau menaikkan seseorang. Hukuman berdasarkan fakta yang ada di hadapan kami adalah hasil soal siasat dan penghujahan yang lama dan panjang, semata-mata untuk memberi keadilan kepada tertuduh. Kami tidak boleh mengikuti kehendak orang ramai yang hanya berdasarkan andaian, bukan fakta siasatan. Saya yakin pengumuman keputusan akan menjadi tajuk utama berita, kerana media perdana telah memainkan isu ini beberapa waktu sebelumnya dengan pelbagai andaian hukuman.


Mereka telah berjaya membawa pemikiran massa kepada satu hukuman jangkaan yang mereka ada agenda tersendiri.Selepas keputusan diumumkan saya menjangka UMNO akan memainkan isu ini bagi melemahkan pengaruh PAS, khususnya di Selangor. Ternyata andaian saya meleset. UMNO tidak menyerang sebaliknya saya diserang oleh ahli PAS dan rakan-rakan sendiri, yang hadir dalam mesyuarat bersama dan sering berjumpa sama.


Kenapa mereka tidak datang jumpa dan bincang terus, kenapa perlu menggunakan media untuk menyerang JK Disiplin yang ditubuh oleh parti dan mempunyai hak dan kelayakan dalam perlembagaan parti? Apa untung bagi parti dengan tindakan tersebut?Saya sebenarnya cuba untuk menjawab tohmahan itu, tetapi sebarang jawapan hanya akan menimbulkan polimik yang lebih besar dan berpanjangan. Tambahan pula ada beberapa fakta yang ditemui tidak sesuai jadi tatapan umum. Cuma saya bertanya sendirian, kenapa UMNO tidak mengambil kesempatan menyerang sedangkan mereka telah membentuk pemikiran massa ke arah itu. Bahkan yang hebat menyerang adalah ahli PAS atau penyokong PAS. Mungkin kerana simpati terhadap Khalid Samad, atau geram dengan Hassan Ali.Komentar dari Abdullah Karim saya anggap melampau dan saya difahamkan Dewan Pemuda Pusat akan melakukan sesuatu, dan Pejabat Agong juga akan bertindak. Beliau sebenarnya telah menghantar surat memaklumkan akan mengikuti isteri ke luar negara dalam tempoh yang panjang, dan sehubungan itu beliau melepaskan semua jawatan dalaman parti dan jawatan di peringkat Negeri Pahang.


Mesyuarat telahpun menerima permohonan beliau.sayangnya saat-saat akhir sebelum beliau keluar Negara, kesempatan diambil untuk menyerang JK Disiplin Parti. Kritik kemudiannya tinggal.Saya dukacita kerana beliau seorang peguam, yang memahami prosedur hukuman dan siasatan. Kita tidak boleh menghukum berdasarkan andaian dan kehendak massa. Hukuman mestilah berdasarkan fakta yang kita temui dalam siasatan. Seandainya ada fakta yang terselindung atau yang tudak dikemukan sebagai bahan kes, maka kita tidak boleh mengambilnya sebagai alasan penghakiman.


Memang saya akui bahawa beliau ada menghantar satu laporan kepada JK Disiplin, tetapi saya telah maklumkan prosidur bahawa dia kena hantar kepada SU Agong untuk dibuat penilitian, kesahihan penama-penama yang disebut, apakah ia benar ahli PAS atau bukan, sejauh mana ada kes yang boleh dirujuk kepada JK Disiplin atau kes hanya melibatkan urusan pentadbiran parti.JK Disiplin adalah hakim, bukan badan untuk menyiasat.


Takkan beliau tak faham, semua parti politik mempunyai mekanisma yang sama. Bahkan dalam prosedur perundangan biasa pun, mana ada seorang yang dituduh terus diheret di hadapan hakim untuk bicara. Pihak polislah perlu menyiasat, mencari bukti dan menentukan apakah ada kes sebagaimana yang dituduh atau tiada kes. Aduan yang dia buat hanya berupa ‘hear say’, dan dia juga faham dan sudah diberi tahu bahawa aduan beliau tidak boleh diambil tindakan, hanya dengar cakap, tiada bukti. Untuk memanggil orang yang berkenaan dalam pertuduhan beliau, penama tersebut bukan ahli PAS. Kita tiada kuasa memanggil bukan ahli dan apa jaminan ianya tidak bertindak merosakkan nama baik parti sekiranya dipanggil. Ini JK Disiplin parti, untuk menjaga ahli agar tidak melakukan tindakan merosakkan nama baik parti, dan bertindak diluar perlembagaan parti.


Apa yang mendukacitakan saya ialah saya telah jelaskan bahawa inilah prosedur laporan disiplin parti, yang telah diamalkan sejak awal penubuhan parti lagi, dan beliau memahaminya dan menerimanya pada waktu itu, tapi kenapa tiba-tiba dia sanggup mengeluarkan kanyataan menyerang prosedur tersebut. Soal dia tidak berpuas hati dengan hukuman ke atas tertuduh, saya pelik bukan dia yang kena tuduh. Bahkan kalau kita baca tulisan YB Khalid sendiri dia rasa puas hati bilamana segala dakwaan beliau terhadap Hassan Ali dibuktikan benar oleh JK Disiplin, sehingga Hassan Ali didapati bersalah dan dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang merugikan PR dan parti. Yang kena hukum berpuas hati, yang tak ada kena mengena pulak tak puas hati.


Sebagai pimpinan kita sepatutnya menyalurkan komentar melalui saluran parti dan memelihara adab dalam jamaah. Semua harus fikir apakah tindakan yang kita lakukan itu menguntungkan parti atau sebaliknya, kerana kenyataan kita bukan keputusan perbicaraan, yang terpaksa berdasarkan fakta dan bahan yang ada di hadapan kita.Kepada Allah saya memohon ampun andainya tindakan yang diambil tidak tepat dengan apa yang sepatutnya; dan semoga Allah tidak membebankan saya dengan bebanan yang lebih berat di akhirat. Ingatlah, kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah.
Wassalam.

Sunday, November 22, 2009

FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA MERIAH!


Pada hari ini, 22 November 2009 Kejohanan FUTSAL Piala Ketua Pemuda PAS Kawasan Pekan berlangsung dengan meriah di Dewan Futsal Chini Timur dalam kawasan Parlimen Pekan.

Seramai 32 pasukan yang datang dari Pekan, Jaya Gading, Chini, Kuantan dan dari Chenor jugak. Kejohanan bermula 9 pagi dan berakhir 5.30 petang.

Ketua Pemuda PAS Pekan, Ustaz Mohd Fadhilnoor bin Abdul Karim merasa sangat gembira dengan penyertaan ramai dari pemuda-pemuda dari sekitar Parlimen Pekan dan Dun Chini khasnya. Kejohanan ini juga dapat menarik pemuda mengenali Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan. Hampir 256 peserta menyertai Kejohanan FUTSAL ini.


Beliau sempat merakamkan ucapan terima-kasih dewan pemuda PAS kawasan Pekan kepada peserta FUTSAL kerana memberi peluang kepada Dewan Pemuda PAS membuktikan bahawa Islam tidak bersikap negatif kepada sukan dan riadah yang menjadi minat utama golongan muda. Cuma, beza penganjuran Dewan Pemuda PAS dengan pihak lain adalah tentang peranan sukan adalah untuk beriadah dan menjadikan ianya sebagai sebagai alat untuk menyihatkan badan dan menjalin silaturahim.

Penekanan Solat jugak diterapkan didalam Kejohanan ini apabila setiap kali diazankan waktu zohor dan asar maka perlawanan akan direhatkan bagi menghormati waktu solat. Pihak peserta juga sering diingatkan untuk menunaikan solat sebelum meneruskan perlawanan. Lagu-lagu nasyid berkumandang di corong-corong speaker di sepanjang perlawanan FUTSAL tersebut.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Pekan ingin merakamkan ucapan ribuan terima-kasih kepada barisan AJK Pemuda PAS Kawasan Pekan, PAS Kawasan Pekan, Pihak Pengadil, Pihak Pengurusan Dewan FUTSAL Chini Timur, Peserta FUTSAL dan penduduk Chini Timur yang telah memberi sokongan dalam menjaya kejohanan ini.



JOHAN FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN telah dimenangi oleh TEAM TAKDIR dari Pekan, NAIB JOHAN pula dari team HILIRAN.


JOHAN FUTSAL dari Team TAKDIR akan mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan untuk Kejohanan Futsal peringkat negeri Pahang nanti.

InsyaAllah, Kojohanan FUTSAL ini akan menjadi aktiviti tahunan Dewanb Pemuda PAS Kawasan Pekan.











Thursday, November 5, 2009

PROGRAM PASTI PAS PEKAN

HATI KELUARGA PASTI AT TAUFIQ PEKAN PADA 24 OKTOBER 2009

SILA KLIK 'HARI KELUARGA PASTI' UNTUK LIHAT PHOTO.

IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH