Murtadza Ibrahim Sat Oct 20, 07 11:34:35 am MYT
Harakah (16-30 Oktober 2007) lalu dipetik sebagai berkata, Dato' Seri Najib Tun Razak mengintai peluang mencabar Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila pemimpin nombor dua Umno ini tidak mampu menunggu lama untuk mencabar kerusi Presiden Umno. Akhbar ini dipetik sebagai berkata, suasana ke arah itu kini sudah membahang apabila ada desas-desus mengatakan Najib tidak mampu menunggu lama untuk mencabar kerusi Presiden Umno.
Perkara lain yang menarik perhatian yang disebut oleh Subky adalah dua keadaan sahaja Najib tidak jadi PM. Pertama mati dulu dan kedua menjalani nasib yang sama dengan Musa, Ghafar dan Anwar. Kita menolak pandangan mati dan melihat kepada pandangan kedua Subky iaitu menjalani nasib yang sama dengan Musa, Ghafar dan Anwar. Adakah Najib sanggup berfikiran demikian jika ia secara terbuka mencabar Abdullah dalam Pemilihan Perhimpunan Agung Umno akan datang?
Sememangnya Najib menyedari kekuatan kumpulan Abdullah yang diketuai menantunya Khairy yang kini menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia. Najib menyedari hakikat dan tidak akan lupa sama sekali dalam Pilihan raya Kecil Dun Ijok pada April 2007 lalu apabila Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyerang dirinya habis-habisan tanpa menyebut langsung nama Abdullah dan Khairy.
Najib menyedari hakikat bahawa kuasa Perdana Menteri dan Presiden Umno yang dipegang oleh Abdullah cukup luas sehingga dia dan keseluruhan keluarganya menghadiri program 'mengenang Jasa Tun Razak' yang dianjurkan oleh Khairy di Bangunan Sime Darby pada pertengahan tahun ini.
Najib terpaksa akur ketika itu walaupun ada di kalangan pemimpin Umno yang hadir tertanya-tanya dan 'terkejut' dengan kehadiran begitu ramai keluarga Tun Razak termasuk Toh Puan Hajah Rahah dan hampir kesemua adik beradik dan menantu. Suatu program yang hanya dianjurkan oleh Naib Ketua Pemuda tetapi keseluruhan keluarga Tun Razak hadir. Ini membuktikan begitu hebat dan kuatnya pengaruh Khairy walaupun program ini dikatakan dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Umno.
Namun Najib tidak berdiam diri dan mengambil risiko terserah kepada menantu Abdullah untuk mencaturkan politiknya. Najib juga membina rangkaian baru di samping mengekalkan hubungan baik rakan-rakan beliau semasa menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang kini ramai di kalangan mereka memegang jawatan penting di dalam Umno bahagian. Dia membina rangkaian baru dengan mengajak beberapa Ketua Umno bahagi oleh Abdullah.
Majoriti Ketua Umno bahagian-bahagian yang dibawa adalah kalangan mereka yang bukan Ketua Pemuda atau Ahli Jawatankuasa Pemuda semasa Najib menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno dahulu. Najib akan cepat faham dengan beberapa Ketua Umno bahagian yang mungkin 'menolak' pelawaan ini yang disifatkan sebagai 'orang Abdullah' yang perlu diberikan perhatian.
Di samping itu, dalam mesyuarat bahagian-bahagian Umno yang baru selesai, jentera Najib sudah bergerak dan memantau segala perkembangan politik Ketua Umno dan AJK Umno bahagian sama ada memberi sokongan padu kepada dirinya atau sebaliknya. Di sinilah kekuatan Najib yang cuba melakukan 'personal touch' secara senyap dan mungkin juga di dalam pengetahuan Khairy.
Khairy juga bertindak menyusun strategi untuk 'menyelamatkan' kedudukan bapa mentua agar tidak dicabar oleh Najib. Tindakan yang dilakukan adalah 'memantau' dan mendapatkan sebanyak mana maklumat pada setiap Umno bahagian yang menentukan arah sokongan. Jika ada pemimpin Umno yang bersikap 'menyokong Najib secara total' harapan pemimpin ini untuk mengekalkan kembali kedudukan di dalam kerajaan akan 'padam' dalam Pilihan raya umum ke-12 kelak. Menurut sumber, tumpuan mereka adalah di negeri Kedah, Perak, Selangor dan Johor.
Menurut satu sumber, majoriti Ketua Umno bahagian yang mempunyai jawatan di dalam kerajaan sekarang hampir pasti tidak akan 'selamat' yang pernah berkhidmat di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu. 'Abdullah akan menggunakan pendekatan halus tetapi kejam dengan melakukan slogan; kini adalah era Abdullah dan bukan lagi era orang-orang Tun Dr Mahathir dengan alasan untuk membina negara baru yang lebih dinamik.
Kerana itu, Abdullah yang sudahpun berusia 67 tahun sering menyebut berulang kali dia masih mahu kekal sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dengan alasan banyak kerja-kerja yang dirancang sekarang belum selesai. Dia sering membuat kenyataan kepada media massa kepunyaan kerajaan.
Ini juga dilihat sebagai satu isyarat kepada Najib dan orang-orangnya supaya tarik 'hand-brake' sebelum menjelang Pemilihan Perhimpunan Agung Umno kelak. Najib dikatakan akur tetapi 'orang-orangnya' sudah bertebaran di setiap bahagian dan bertembung dengan 'orang-orang Abdullah' yang diketuai Khairy. Abdullah perlu mempertahankan lagi jawatannya walaupun semakin 'lesu' dan 'keliru' kerana terlalu kerap keluar negara semata-mata untuk menantunya.
Abdullah akan melakukan 'pembersihan' dalam Pilhan raya umum akan datang terhadap 'orang-orang Najib' dan saki baki 'orang Dr Mahathir' dengan harapan laluan menantunya sebagai pemimpin utama negara semakin mudah dan tanpa gangguan. Tunggulah calon-calon Umno dalam Pilihan raya umum akan datang walaupun Ketua Pergerakan Pemuda Umno pernah menyebut;- pemuda tidak akan melobi menjadi calon dalam Pilihan raya umum akan datang. Sekali lagi kita tunggu dan lihat!-->
No comments:
Post a Comment