Najib sukar jadi PM yang baik?
Oleh Subky Latif
JIKA tiada apa-apa masalah Dato' Seri Najiblah yang jadi Perdana Menteri selepas Perdana Menteri sekarang. Ini disebabkan beliau sedang menjadi Timbalan Perdana Menteri, dan tiada siapa lagi di kalangan menteri Umno yang ada wibawa yang jelas bagi menyainginya.Menjadi TPM bukanlah satu jaminan menjadi Perdana Menteri. Seperti mati. Ada yang merasakan Tun D. Ismail boleh jadi PM yang lebih baik dari Tun Razak. Tetapi ia tidak dapat dibuktikan kerana dia mati semasa jadi TPM. Dia tidak dapat jadi PM kerana dia mati.
Kalau Najib mati, maka tiadalah dia dapat jadi PM. Tetapi ada tiga TPM tidak jadi PM atau belum jadi PM. Mereka ialah Tun Musa Hitam, Almarhum Tun Ghafar Baba dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Maka sesiapa yang jadi TPM jangan harap sangat dapat jadi PM kerana ramai juga yang jadi TPM hilang peluang jadi PM.
Dua keadaan saja Najib tidak jadi PM. Pertama mati dulu dan kedua menjalani nasib yang sama dengan Musa, Ghafar dan Anwar.
Mungkin tiada apa-apa yang dapat menyekatnya jadi PM. Tetapi jadilah PM yang baik dan bermaruah. Inilah masalah Najib. Dia boleh jadi PM tetapi bagaimana dia mahu jadi PM yang baik dan bermaruah?
Jangan dibaca lagi dengan isu pembunuhan Altantuya. Apapun yang terjadi dengan perbicaraan kes itu tetap beliau tidak terlepas dari dipersoal. Tiada sebarang tuduhan terhadapnya tetapi masalahnya namanya disebut-sebut dan bila yang teringatkepada Altantuya dan Razak Baginda, teringat pula kepadanya.
Itulah penyakit yang tidak dapat dipadamkan selagi sekalian yang tahu akan nama Altantuya dan Razak itu masih hidup. Setelah sekaliannya mati, tiadalah lagi yang ingat akannya.
Gejala itu belum reda. Datang pula Laporan Ketua Audit Negara 2006. Tiada namanya dicatit. Tetapi sukar juga bagi namanya tidak sebut. Laporan itu mendedahkan satu kepincangan besar yang berlaku dalam pengurusan Kementerian Pertahanan termasuk dalam tempoh Najib jadi menterinya.
Antaranya tempahan enam buah kapal peronda untuk TLDM yang tidak diurus, dipantau dan dilaksana dengan baik hingga menbabitkan dana awam berjumlah RM 6.57 bilion. Audit tidak dapat mengesahkan 14 bayaran kemajuan berjumlah RM943.46 juta kepada kontrektor dari Disember 1999 hingga Januari 2002 kerana baucer bayaran dan dokumen sokongannya hilang dari simpanan kementerian.
Rekod yang tiada baucer dikemukakan melibat bayaran serendah RM 6.69 juta pada 19 November 2001 hingga setinggi RM 222.06 juta pada Septemberi 2001. Enam kapal peronda itu sepatutnya selesai diserahkan pada April 2007. Tetapi baru dua saja yang diserahkan. Kerana kelewatan itu, anjur Audit, kontrator boleh didenda sejumlah RM214.01 juta.
Pendedahan Audit besar kesannya. Jika ia berlaku di Amerika riuh rendah Kongres menyoal Setiausaha Pertahanan. Dia akan dihadapkan kepada satu jawatankuasa khas senat. Kalau ia membabit seorang seperti Naib Presiden, bersedialah dipanggil. Apa jadi padanya tidak dapat diduga. Tetapi dengan publisiti yang diterimanya, sah dia tidak boleh jadi calon Naib Presiden lagi atau kalau Presiden sudah tamat tempoh, mustahil diterima jadi calon Presiden.
Kalau ia terjadi di Korea Selatan dan Jepun, selain dipinta penjelasan, dituntut pula meletak jawatan. Tidak mustahil dibawa ke mahkamah. Korea Selatan pernah memenjarakan dua orang bekas Presiden.Jika berlaku di China, alamatlah tak balik ke rumah untuk selama-lamanya.
Laporan Audit itu diserahkan ke Parlimen dalam sidang terbaru. Senyap saja hingga semut berbisik pun boleh kedengaran.
Begitulah baiknya orang Malaysia yang sudah 50 tahun merdeka. Tiada suara di Parlimen dan di luar Parlimen mempersoal kepincangan dalam Kementerian Pertahanan itu.
Di Indonesia juga begitu di zaman Suharto. Tiada yang bercakap tentang kepincangan pemrintah. Tetapi selepas Suharto tumbang, mereka tunggu kesihatannya elok sikit, mereka heret dia ke mahkamah dan mereka minta dikembalikan apa yang hilang.
Apakah Malaysia mahu menunggu pemimpinnya sudah berhenti dan sudah tidak berupaya untuk berbuat apa-apa lagi baru dibangkit kepincangan itu?
Najib terkenal dengan taktiknya yang tidak menjawab apa saja yang tubi terhadapnya. Dengan sikap berdiam diri itu tiada banyak kelemahannya terdedah dan dia berjaya mengatasi semua tohmah dengan begitu. Biarlah dia begitu. Tetapi ke mana perginya kemerdekaan dan rakyat yang merdeka. Dia perlu disoal dia dipaksa menjawab.
Mungkin dia tidak tahu dan mungkin dia tidak terlibat dengan apa yang dirasakan pincang itu. Tetapi tiada siapa yang percaya dia tidak tahu dan tidak terlibat. Ia membabitkan jumlah wang yang besar. Mungkin ketika urusan mencari kontrektor dan menempah kapal itu dia belum jadi menteri di situ. Tetapi apabila dia sudah jadi menteri di situ, dia mesti diberi maklumat dan dia mesti memantaunya.
Kapal peronda itu penting untuk pertahanan terutama ketika Amerika dan Singapura tidak percaya Malaysia dan Indonesia mampu mengawal keselamatan Selat Melaka. Penempahan kapal ronda itu betul, malah mungkin terlewat. Mendapatkan kapal itu mengikut jadual, walaupun lewat ditempah, tetap ia dapat menyempurnakan keperluan pertahanan.
Tetapi kalau yang siap hanya dua buah, bila empat buah lagi hendak diterima. Bila pesanan itu diterima kelak, mungkin TLDM memerlukan kapal peronda lagi.
Pendedahan pertama dari Audit itu membuktikan Menteri Pertahanan yang hendak menjadi PM gagal menyediakan keperluan tentera laut itu mengikut yang ditetapkan.
Ia sekadar dilihat dari tempahan yang tidak siap. Belum dilihat dari sudut kelengkapan pertahanan keseluruhannya. Adakah kita mempunyai persiapan pertahanan yang lengkap. Faktor ini dapat mengukur menteri pertahanan patut dikekal atau digantikan.
Kemudian kita sentuh bagaimana bayaran dibuat sedang tempahan belum dapat. Dan bagaimana mudah sangat kementerian bayar yang besar jumlah tanpa mengira kemajuan projek yang ditempah? Dan yang paling tidak dapat dipertahankan ialah bayaran dibuat tetapi baucernya hilang. Bukan satu dan bukan dua tetapi atas 14 kejadian. Jumlahnya adalah besar. Melibatkan ratusan juta.
Menteri tidak dapat mengelak dari menerima tanggungjawab. Bolehlah disoal pegawai-pegawai. Tetapi yang bertanggungjawab kepada pegawai-pegawai itu adalah menteri. Sebelum budak-budak itu disalahkan, salahkan menteri dulu.
Itulah kaedah yang terpakai dalam negara berkesan dan terkawal bagi mengelakkan pemimpin setiap yang terbaik, bertanggungjawab, bermaruah dan berwibawa.
Sebelum menjadi PM pastikan tiada kesilapan dan kesalahan semasa menjadi menteri. Bagaimana mahu menjadi PM yang baik kalau banyak yang lompong. Memang manusia itu tidak sunyi dari kelemahan dan kesilapan. Tetapi calon PM adalah yang tiada silap dan kelemahan. Dia mesti terbaik dan dia adalah contoh.
Malanglah bagi negara dan rakyat jika dipimpin oleh seorang yang jelas kelemahannya. Orang bermata satu layak jadi raja di negeri orang buta. Tetapi malang bagi rakyat yang celik berajakan orang yang bermata satu.

No comments:
Post a Comment