Thursday, December 29, 2011
Sunday, December 4, 2011
Wednesday, November 30, 2011
PRU 13: Apa maksud Najib kata ‘luar biasa’
Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, DPP Malaysia menganggap kenyataan Datuk Seri Najib sebagai bahaya kerana boleh disalah tafsir oleh pelbagai pihak, memandangkan beliau adalah Perdana Menteri dan mempunyai kuasa di negara ini.
“DPP Malaysia hairan, bagaimana ungkapan sedemikian boleh keluar dari mulut Perdana Menteri Malaysia,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, walaupun ia diucapkan terhadap jentera dalaman Umno, namun ia sudah menjadi berita yang semua rakyat membaca dengan pelbagai persepsi.
Bagi sesetengah pihak, ujarnya ucapan Najib boleh memberi makna akan berlaku sesuatu yang buruk terhadap rakyat dan negara.
Justeru, katanya DPP Malaysia mempersoalkan, apakah PM sudah meramalkan sesuatu yang luar dari kebiasaan akan berlaku dalam PRU ke 13 kali ini.
“Mungkinkah akan berlaku insiden-insiden buruk dalam PRU ke 13 nanti?” tanya beliau lagi.
Bagi DPP Malaysia, ujarnya ucapan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut Perdana Menteri, seakan-akan mengejutkan serta memakutkan rakyat.
Sepatutnya, beliau berkata Najib menenangkan rakyat dengan jaminan PRU ke 13 adalah PRU yang terbaik, paling aman, serta berlangsung dalam suasana penuh demokrasi.
Untuk itu, tambahnya DPP Malaysia telah sedia mempersiapkan jentera pemuda PAS diseluruh peringkat juga dengan persiapan ‘luar biasa’.
“Kali ini seluruh jentera pemuda PAS diingatkan supaya bersedia menghadapi apa juga serangan yang bakal dilakukan oleh Umno BN dalam pelbagai bentuk,” ujarnya.
Menurutnya, sudah 12 kali PRU dihadapi, dan sudah acap kali juga serangan bertali arus dikenakan terhadap jentera PAS khususnya pemuda PAS di seluruh negara.
Malah, ujarnya pemuda PAS pernah dipukul seperti di Pilihan Raya Kecil Ijok, Bagan Pinang dan lain-lain lagi.
Tambahan pula, katanya PRU ke 13 nanti akan berlangsung dalam suasana sistem pilihan raya yang masih tempang dan pincang dan dalam keadaan demokrasi yang kontang dari kebenaran.
Justeru, katanya tidak hairanlah jika berlaku sekali lagi manipulasi undi, undi pos yang meningkat mendadak, pengundi hantu yang kembali turun mengundi, beli undi, rasuah pilihanraya, rakyat negara asing yang turun mengundi, fitnah melalui media, akses media yang berat sebelah dan lain-lain lagi.
“Semua insiden ini pernah berlaku sebelum ini dan tidak mustahil akan berlaku lagi nanti.
“Insya Allah, DPP Malaysia telah mempersiapkan mental kesemua petugas dengan kesemua kemungkinan sesuatu yang ‘luar biasa’ yang akan berlaku,” katanya lagi.
Beliau menambah, PRU 13 adalah masa terbaik untuk menukar kerajaan yang sudah tamat tempoh.
“Selamatkan Malaysia dari pemimpin yang korup, rasuah dan mementingkan diri sendiri,” katanya.
sumber HARAKAH DAILY
Sunday, September 18, 2011
PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA - PEMUDA PAS PEKAN & ROMPIN
18 September 2011, Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang pada hari ini telah turun ke Kawasan Pekan bagi melancarkan Jentera Pilihanraya Dewan Pemuda PAS bagi kawasan Pekan dan Rompin yang telah berjaya dilaksanakan di Madrasah Darul Husna, Pekan.
Sunday, July 24, 2011
DEWAN PEMUDA ANJUR LAGI KEJOHANAN FUTSAL
24 Julai 2011 Ahad, PAS Kawasan Pekan dibawah DUN Peramu Jaya sekali lagi berjaya menganjurkan Kejohanan Futsal PAS Kawasan Pekan bagi kali ke 3 bagi tahun ini. Kejohanan Futsal PAS Kawasan Pekan ini dikendalikan sepenuhnya oleh sayap kanan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan yang diterajui oleh Ustaz Mohd Fadhilnoor Abdul Karim.
Kejohanan kali ini menawarkan hadiah Johan sebanyak RM200 bersama medal, tempat kedua RM150 beserta medal, ketiga RM50 beserta medal dan keempat hadiah berupa medal. Program yang amat diminati oleh golongan anak muda ini amat mendapat sambutan.
Kejohanan ini dirasmikan oleh Yang dipertua PAS Kawasan Pekan Al Fadhil Ustaz Abu Kasim Manaf. Dalam ucapan perasmian, beliau sempat menyarankan dalam bersukan juga ada adab-adab Islam yang perlu dipatuhi. Antaranya cara berpakaian mestilah menutup aurat, bersolat apabila masuk waktu dan jangan sekali-kali menjadikan gelanggang Futsal tempat pergaduhan. Bersukanlah dengan akhlak Islam kerana Islam amat menggalakan umatnya beriadah dan bersukan untuk kesihatan.
Perasmian Futsal dilaksanakan dengan melakukan 'GIMIK' dimana YDP menendang boleh bagi menjaringkan gol.


Thursday, July 21, 2011
AKTIVITI PASTI PEKAN - PASTI AT TAUFIQ
Thursday, June 2, 2011
KEPUTUSAN PENUH MUKTAMAR PEMUDA PAS PUSAT
Sumber Harakahdaily |
SHAH ALAM, 2 Jun: Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013: Pengerusi Tetap: Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki Timbalan Pengerusi Tetap: Ustaz Kamal Ashaari Ketua: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi Timbalan Ketua: Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz Naib Ketua: Raja AlHiss Raja Yaakob Ahli Jawatankuasa: 1) Ustaz Riduan Mohd Noor 2) Khairul Faizi Ahmad Kamil 3) Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah 4) Adram Musa 5) Kamaruzzaman Mohamad 6) Ustaz Ahmad Fadley Shaari 7) Ustaz Mohd Khairul Abdul Hadi 8) Ustaz Nazri Chik 9) Yusni Mat Piah 10) Hamzan Sany 11) Syed Qadir 12) Ustaz Mohd Noor Hamzah |