" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Thursday, March 26, 2009

MAZLAN ALIMAN BERSAMA PENEROKA CHINI.


Sdr Mazlan Aliman membuat tawaran dan cabaran terbuka kepada Pengerusi Majlis Belia Felda (MBF), Dato’ Ramli Ismail untuk berdebat mengenai isu-isu yang dibangkitnya didalam bukunya itu. Mazlan berkata, tawaran beliau kepada pengerusi MBF itu adalah serius dan beliau bersedia untuk berdebat dengan Ramli pada bila-bila masa dan dimana jua.
Katanya, apa yang beliau tulis didalam buku berkenaan adalah hasil kajian yang dibuatnya selepas mengadakan lawatan hampir keseluruh rancangan Felda di Malaysia bertemu dengan masyarakat peneroka serta generasi baru Felda termasuk juga peserta Felda Plantations .
Ia dibuat dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai generasi kedua Felda yang menghabiskan banyak masa masyarakat bawahan Felda.
Saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan daripada perjuangan ini, jauh sekali utnuk mencari kekayaan melalui perjuangan ini sebagaimana pihak tertentu yang berkepentingan serta kaya raya hasil penat lelah peneroka,” ujarnya ketika ditemui pada majlis dialog dengan masyarakat Felda Jenderak Utara.
Mazlan menyifatkan perjuangan generasi baru Felda masih jauh dari sasaran, ini kerana generasi baru Felda sedang berdepan dengan cabaran dan pelbagai masalah yang paling asas seperti perumahan, peluang pekerjaan , gejala sosial dan sebagainya. Masalah keperluan asas mereka pun masih belum selesai oleh Felda dengan sebaiknya. Malah, menurut Mazlan beliau melihat sendiri bagaimana generasi baru Felda ini terpaksa tinggal diatas tanah ‘sekangkang kera’ milik ibu bapa mereka di tanah rancangan, tidak kurang juga ada terpaksa menyewa rumah didalam kawasan tanah rancangan.

Sunday, March 1, 2009

PERKHEMAHAN DAN MUQAYYAM


Dewan Pemuda Pas Pekan telah menganjurkan Perkhemahan dan muqayyam pada 27 dan 28 Feb 2009 yang lalu bertempat diKomplek Pelancongan diKuala Tasik Chini .
Peserta pada julung kalinya ini dihadiri seramai 80 orang peserta.
Peserta dihadiri oleh belia dan remaja daripada sekitar daerah Pekan dan Chini.


Program dirasmikan oleh Ketua Pemuda Pas Pekan


Penceramah motivasi oleh Ustaz Salleh Senapi


Penceramah motivasi oleh Ustaz Moktar Senik



Peserta tekun mendengar ceramah





Jam 3 pagi sembahyang malam dan tazkirah


Bergambar sessi terakhir



Sunday, February 15, 2009

HIMPUNAN MEMBANTAH ISA

Sebahagian daripada gambar-gambar
HIMPUNAN MEMBANTAH ISA (HAPUS)
Pemuda PAS Pahang.

















Wednesday, February 11, 2009

Tuesday, February 3, 2009

HIMPUNAN PEMUDA PAS PAHANG


TETAMU UNDANGAN :
SDR HJ MUHAMMAD SABU
(NAIB PRESIDEN PAS PUSAT)
SDR HANIPA MAIDIN
(AJK PAS PUSAT)
UST NASRUDDIN HASSAN
(TIMB. KETUA DPP PUSAT)
UST ZAHARUDDIN MUHAMMAD
(AJK LAJNAH TARBIYYAH PAS PUSAT)
YB HJ SHAARI SUNGIP
(ADUN HULU KELANG)
UST SUHAIMI MD SAAD
(KETUA DPP PAS PAHANG)
TEMPAT :
KOMPLEKS IMAM AS-SYAFEI, KG TEMIN, JERANTUT
TARIKH :
14 FEBRUARY 2009 / KHAMIS
MASA :
9.00 PAGI - 5.00 PTG

Monday, February 2, 2009

HARI KELUARGA


Dewan Muslimat pas kawasan pekan telah membuat program Hari Keluarga pada 1hb.Feb.2009 ( Ahad ) bertempat dipadang awam Felda Chini 03.
Dr.Harison Mohd Amin
Ustazah Nuridah Mohd Salleh ( KDMPP )

Turut bekerjasama dalam program ini ialah Pemuda Pas Pekan .
Antara aktiviti yang dibuat ialah pertandingan.
  1. Menganyam ketupat.

  2. Memarut kelapa.

  3. Gubahan bunya

  4. Masakkan ikan air tawar

  5. Masakkan ubi kayu

Untuk kanak-kanak
Antara yang mencuit hati
  1. Mencari gula-gula dalam tepung

  2. Tiub belon

  3. Lari bola dalam sudu

  4. Pakaian Beragam
  5. Dan banyak lagi....


Pendaftaran acara sukan

Sambutan cukup mengembirakan dengan kehadiran dari penduduk setempat dan dalam program ini diserikan lagi dengan adanya program kesihatan Rakyat oleh Dr.Harison anjuran klinik Ummu Roihan juga pamiran Anti Dadah yang didatangkan dari Pekan,Pahang.

Pertama

Pertama

Friday, January 30, 2009

KONVENSYEN MAAL HIJRAH

PEMUDA PAS PEKAN
Telah mengadakan Konvensyen pada 25.1.2009.
Bertempat di Darul Fikri.













IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH