" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Thursday, March 26, 2009

MAZLAN ALIMAN BERSAMA PENEROKA CHINI.


Sdr Mazlan Aliman membuat tawaran dan cabaran terbuka kepada Pengerusi Majlis Belia Felda (MBF), Dato’ Ramli Ismail untuk berdebat mengenai isu-isu yang dibangkitnya didalam bukunya itu. Mazlan berkata, tawaran beliau kepada pengerusi MBF itu adalah serius dan beliau bersedia untuk berdebat dengan Ramli pada bila-bila masa dan dimana jua.
Katanya, apa yang beliau tulis didalam buku berkenaan adalah hasil kajian yang dibuatnya selepas mengadakan lawatan hampir keseluruh rancangan Felda di Malaysia bertemu dengan masyarakat peneroka serta generasi baru Felda termasuk juga peserta Felda Plantations .
Ia dibuat dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai generasi kedua Felda yang menghabiskan banyak masa masyarakat bawahan Felda.
Saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan daripada perjuangan ini, jauh sekali utnuk mencari kekayaan melalui perjuangan ini sebagaimana pihak tertentu yang berkepentingan serta kaya raya hasil penat lelah peneroka,” ujarnya ketika ditemui pada majlis dialog dengan masyarakat Felda Jenderak Utara.
Mazlan menyifatkan perjuangan generasi baru Felda masih jauh dari sasaran, ini kerana generasi baru Felda sedang berdepan dengan cabaran dan pelbagai masalah yang paling asas seperti perumahan, peluang pekerjaan , gejala sosial dan sebagainya. Masalah keperluan asas mereka pun masih belum selesai oleh Felda dengan sebaiknya. Malah, menurut Mazlan beliau melihat sendiri bagaimana generasi baru Felda ini terpaksa tinggal diatas tanah ‘sekangkang kera’ milik ibu bapa mereka di tanah rancangan, tidak kurang juga ada terpaksa menyewa rumah didalam kawasan tanah rancangan.

5 comments:

Mooncake said...

Assalamualaikum..

Ye.. ker seluruh felda dia dah masuk.. saya dah baca buku yang dia tulis.. biasa lah buku nak laku..memang dia tulis buku yang menghentam orang cukup. tapi kajian dia tu tak cukup kuat lagi. boleh dipertikai,,sebab tak mempunyai alasan yang kukuh. Sebagai contoh perbezaan harga buah antara FELDA dan peneroka buat sendiri, memang ader perbezaan, orang yang bersama felda mestilah diberi keistimewaan, sebab macam budak mazlan ni cakap peneroka yang bersama felda kena banyak pontongan yang mengarut seperti dalam buku dia tu. orang putif cakap fare lah tu. orang yang buat sendiri tahu jalan ajer atas jalan yang peneroka bersama felda membaiki saban masa. tak der pun depa sumbang untuk baiki jalan..pastu buat sombong, cakap kat peneroka yang bersama felda bodoh. siapa yang menginaya orang sekarang. Keluar buah bertan-tan.. kesian peneroka yang bersama felda tukang repair jalan untuk depa lalu. tidak ada pulak kajian dia kat jengka 01. yang peneroka dia tergadai dekat Along cina and india gara-gara konon nak buat sendiri, pastu mintak tolong ngan felda, maner dia budak mazlan tolong, bengon mazlan. tok empat tu orang kuat pembangkang..memang kena sumpah lah ngan peneroka yang bodoh pada awalnyer..kesian depa. felda jugak yang tolong.

peneroka pembakang nie.. masa buah mahal tunjuk eksen lah ngan felda dia orang cakap felda tak payah tolong.. diaorang boleh berdikari, biler buah murah datang pejabat mintak tolong ngan felda tolong belikan baja untuk dia orang supaya dapat harga subsidi..itulah namanye hipokrit. Bila felda suruh jual melalui akaun felda dia orang cakap felda nak curik duit dia orang, tapi jual kat cina yang sah-sah tipu timbangan takper pulak..aduh.. aper ker jenis melayu nie.felda suruh jual buah melalui akaun felda supaya dapat diberi bonus tahunan dan mudah untuk buat potongan untuk belian baja...dah nak tolong nie.. dia orang cakap along pulak.. nie orang pakai serban nie punyer peil (perangai)..entah aper-aper.

dah lah mengarut ajer dok komen budak bengo mazlan nie. aku tak tau pun persatuan anak nie..tetiba ajer kata mewakili anak peneroka seluruh malaysia. dah lah tu..

WANDA said...

Assalamualaikum....
Sdr Mazlan Aliman memanglah seorang pejuang Generasi kedua Felda tapi salah masuk line. Sepatutnya memberi pandangan yang positif tidak hanya melihat kepada sebelah pihak sahaja. kalau benar hendak memperjuangkan kepentingan anak generasi kedua Felda moh, tapi jangan sesekali ada kepentingan politik. Kita buang kepentingan politik, kita duduk bersama berbincang apakah yang sepatutnya Felda buat ke pada Generasi Felda.akan disambung.

gengsahabat said...

memang betul..buat apanya nak tulis buat buku..kalau tak nak untung,,kau ni salah platfom..sampai mana suara kau sekarang ni?sampai kat kwn pas kau je..x yah nak debat2..mungkin betul pada kau yang memang dah jenis suka membangkang,,semua orang x betul..abis sapa yang betul?kau?lu fikir lah sendiri..

song kla said...

FELDA dah banyak buat untung dengan peneroka.Apa penoroka tak sedar keadaan ini.Memang benar kejudsan Felda tak di nafikan.Tapi adakah apa yang Felda buat tu semua betul ?.Kepada yang menyokong buta tuli tu harus ambil perhatian sikit.yang benar tu benar,yang tidak benar jangan di benarkan juga.Sebagai contoh tempat saya.Kami menghantar hasil(getah skrap)ke kilang Felda Teloi Timur.kilang Teloi Timur juga membeli getah dari pihak jual,yaitu pembeli getah dari orang kampong.Kenapa harga yang di beli dari Peneroka murah.dan membeli dengan harga yang mehal dari pihak penjual luar.Kenapa ? persoalan kenapa ? isu sudah cukup.sudah bepuluh tahun kami mengalami keadaan ini.Cuba jawab siapa yang pandai menjawab.ini isu yang cukup bodoh yang nak dipertikai.itu saya cakap jangan menyokong secara membabi buta.

MY SARAWAK said...

Bangang sungguh budak Mazlan ni. Tanah bapak awak walau pun sekangkang kera, itu untuk dia dan mak awak saja. Untuk awak dan adik beradik awak, carilah sendiri. Takkan semua keluarga awak nak diberikan tanah berkangkang-kangkang kera. Itu pun awak tak bersyukur. Tanah tapak rumah bertullah sekangkang kera, tetapi tanah ladang berkangkang-kangkang. Itu awak tak sebutkan. Ada lagi rakyat lain yang tak dapat tanah walaupun sejengkal kera. Nak komplen pakai otak di kepala, jangan guna kepala lutut.

IKUT KAMI DISINI..