" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Monday, February 13, 2012

Najib diminta selesai kemiskinan di Pekan

Khairil Abdul Rahim, 10 Feb 2012

PEKAN, 10 Feb: Daripada terus menabur janji merata-rata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan agar tidak lupa menangani kemiskinan melampau di kawasan parlimennya sendiri.

Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf berkata, antara kawasan yang paling daif keadaan ekonomi dan sosialnya di sini ialah di Kuala Pahang.

Tambah Abu Kassim, meskipun penduduknya merupakan warga tempatan namun keadaan hidup, ekonomi dan sosial mereka tidak sebaik nasib ‘penduduk import’ orang Kemboja di kampung Tanjong Agas dan orang Myanmar di Sungai Miang.

“Kebanyakan mereka nelayan dengan pendapatan tak tetap dan rezeki menyara keluarga bergantung kepada hasil laut yang tidak menentu, ditambah pula musim tengkujuh selama tiga bulan.

“Sekarang ini tiap-tiap hari orang Kuala Pahang datang minta bantuan di Pusat Khidmat PAS Pekan, ini mumbuktikan kerajaan dan ahli parlimennya sendiri gagal membela nasib mereka.

“Nasib mereka tak terbela sejak berpuluh tahun sedangkan kelompok inilah yang memenangkan Umno dan BN selama ini,” katanya.

Difahamkan, pernah Umno menjalankan program ‘Gempur Kemiskinan’ dengan inisiatif mewujudkan pusat jahitan semasa Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri. Namun tiada perubahan yang dicapai dan penduduk terus dibelenggu kemiskinan jauh sekali daripada hidup selesa.

Tinjauan Harakahdaily ke lokasi baru-baru ini mendapati keadaan penempatan penduduk tidak menggambarkan berada di kawasan Perdana Menteri kerana rumah yang buruk dan berhimpit-himpit sehingga menyakitkan mata. (Gambar kiri)

Menurut penduduk, kerajaan telah beberapa kali berjanji terutama menjelang pilihan raya untuk membina kediaman tersusun yang tidak jauh dari sini. Malangnya sehingga hari ini, di lokasi tersebut hanya tapak sahaja yang ada.

Tambah mereka lagi, ketika Tun Razak menjadi Ahli Parlimen Pekan atas usaha beliau telah membina perumahan kos rendah rakyat di Kuala Pahang pada tahun 1969 dengan bayaran sebanyak RM10 sebulan. Manakala rumah pemindahan banjir pula penduduk membayar RM15 sebulan pada tahun 1971.

Apa yang mengecewakan mereka, pada zaman Najib menjadi ahli parlimen dan Perdana Menteri ini tiada usaha serius untuk mengubah nasib mereka.

Bagi menambah pendapatan penduduk, kerajaan juga telah membina kolam simen yang besar untuk mereka memelihara ikan terutama pada musim tengkujuh. Namun setakat ini tiada ikan yang diisi.

Abu Kassim berkata, di Kuala Pahang masyarakatnya tidak tersusun sebab itu selain daripada masalah ekonomi, keadaan sosial di sini juga teruk dengan penagihan dadah dan gejala anak luar nikah.

“Itu yang kami kesal sedangkan Parlimen Pekan sudah melahirkan dua Perdana Menteri, tiga Menteri Besar dan dua Timbalan Menteri Besar. Tetapi nasib penduduk Kuala Pahang tidak berubah,” katanya.

(Sekolah Cina ini majoriti muridnya di kalangan pelajar Melayu.)

Perdana Menteri yang berasal dari Pekan ialah Tun Razak Hussein dan anaknya Najib. Manakala Menteri Besar Pahang yang datang dari daerah ini ialah Datuk Mohamad Jusoh, Najib dan Tun Khalil Yaakob.

Timbalan Menteri Besar pula ialah Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman dan Datuk Abdul Jabbar Ibrahim.

Dewan Undangan Negeri Kuala Pahang (kini Peramujaya) pernah dimenangi PAS pada pilihan raya umum (PRU) 1999 melalui Mohd Iqbal Hamdy Rusdi. Sementara Najib pula hanya menang tipis pada tahun tersebut dengan majoriti 241 undi.

“Sekarang ini Najib dan pemimpin Umno lain berjanji di negeri-negeri seperti Selangor dan Kelantan jika pilih BN semua masalah akan selesai. Kami minta selesaikanlah dulu masalah di Kuala Pahang ini,” tegas Abu Kassim.

SUMBER:

5 comments:

Unknown said...

Memang Pas hidup dengan penuh penipuan...kuala pahang jauh lebih baik dari apa yang di perkatakan...Umno Pekan di bawah YAB Dato Sri Najib sentiasa mgutamakan kepentingan rakyat tmasuk ahli pas pekan sendiri...setiap minggu pusat khidmat ahli parlimen di buka dan ramai yg hadir kebanyakkannya juga ahli pas yang meminta bantuan itu dan ini...jelas pas pekan tidak mampu utk membela nasib ahlinya..

Unknown said...

Memang Pas hidup dengan penuh penipuan...kuala pahang jauh lebih baik dari apa yang di perkatakan...Umno Pekan di bawah YAB Dato Sri Najib sentiasa mgutamakan kepentingan rakyat tmasuk ahli pas pekan sendiri...setiap minggu pusat khidmat ahli parlimen di buka dan ramai yg hadir kebanyakkannya juga ahli pas yang meminta bantuan itu dan ini...jelas pas pekan tidak mampu utk membela nasib ahlinya..

ustazjohn said...

Memang jauuh..Kuala Pahang mmg jauh dari apa yg diperkatakan ! UMP sambil le ni tak siap2 lagi..Pantai Lagenda tinggal lagenda..pantai air leleh..saban hari meleleeh je air liur org K. Pahang tengok "pembangunannya", projek ternakan ikan yang dah dirasmikan dulu..hanya..tinggal rasmi..bentuk rumh nelayan di tepi pantai..mcm tu le sampai hari ini..mmg UMNO Pekan penuh dgn penipuan..cis cis ! cakap je lebih

ustazjohn said...

Wahai penduduk asal daerah Pekan, Pahang..sedarlah..dah brape lama BN menerajui kerajaan..ahli parlimennya bkn sebarang org, pernah jd Menteri Besar, Menteri Pelajaran, Belia & Sukan, Pertahanan, TPM dan PM..spatutnya kita tak duduk Rumah Teres di Tmn Mentiga tp dpt tanah lot setiap sorg..org myanmar, kedah, kemboja kian ramai di Pekan. Masing2 ada tanah bahkan rumah banglo lg di Kg Baru Cenderawasih, Sg Miang..org Pekan bukan malas..tp..tak diberi peluang utk menerima kemudahan2 itu..sedarlah org Pekan..jadilah ditipu utk sekian kalinya..

Unknown said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH