" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Thursday, July 2, 2009

Pemimpin Di Dunia, Pemimpin Di Akhirat

Firman ALLAH yang bermaksud:
"Dan (wahai Tuhan) jadikanlah kami imam (pemimpin) kepada orang-orang yang bertakwa."
Surah Al-Furqan (25:74)

Apa yang berlaku di Perak telah mengajar kita semua umat Islam, bahawa pemilihan pemimpin perlulah kepada orang yang bertakwa. Dalam hal memilih pemimpin, Islam menetapkan garis panduannya dengan jelas. Oleh kerana Al-Quran itu adalah panduan dan peraturan, maka pemimpin yang patuh kepada kehendak Al-Quran yang memimpin ke arah ketaqwaan. Orang-orang beriman tidak wajar memilih pemimpin semata-mata kerana mereka itu ada pangkat, kekayaan dan juga kekuasaan. Dengan harta, pangkat dan kekuasaan belum pasti pemimpin itu layak dituruti kerana belum pasti mereka dapat membawa pengikutnya kepada keredhaan Allah. Orang-orang yang menjadi pemimpin biarlah orang yang tahu halal dan haram, dosa dan pahala. Tegasnya pemimpin itu mestilah mereka yang celik Al-Quran supaya bukan sahaja pemimpin itu bertaqwa, tetapi juga menjadi pemimpin kepada orang-orang yang bertaqwa.

Selain itu janganlah pula orang-orang yang beriman menjadi pengikut kepada pemimpin yang tidak menghiraukan halal dan haram, sesungguhnya sikap pemimpin yang demikian itu adalah melampaui batas-batas Allah (taghut). Janganlah di akhirat kelak orang-orang yang tergolong celik agama tetapi berada dalam barisan yang menuju kepada neraka, iaitu di bawah pimpinan manusia yang bertaraf taghut. Sesungguhnya akan diseru manusia di akhirat kelak supaya mengikut di belakang pemimpin yang mereka taati. Justeru itu janganlah sampai tersalah memilih pemimpin, kerana pemimpin itu mempunyai tanggungjawab bukan sahaja di dunia tetapi juga menjadi pemimpin di akhirat. Adakah pemimpin negara masakini menepati ciri-ciri pemimpin di dunia dan pemimpin di akhirat. Tepuk dada tanyalah iman..

1 comment:

nshinah said...

Steven Gan (Malaysiakini), Theresa Kok, Anwar dan bbrp individu Malaysia, ditaja oleh NED.
Apakah NED?

NED --National Endowment For Democracy- is headed by pro-Zionist Jews. NED regularly provides funding to opposition candidates in elections in countries other than the USA. According to Allen Weinstein, one of the founders of NED, "A lot of what we [NED] do today was done covertly 25 years ago by the CIA" (Blum, Rogue State: A Guide to the World's Only Superpower, 2000, p. 180).

NED ditubuhkan pada 1983 semasa pemerintahan Ronald Reagen (Presiden Amerika Syarikat) sebagai "Project Democracy" dengan suntikan dana awal berjumlah USD $65 juta. Carl Greshman menjadi Presiden di NED. NED beralamat di 1101 Fifteenth Street, New York, Suite 700 Washington, DC 20005, United States. Carl Gershman adalah seorang yang berbangsa Yahudi yang telah menjadi Presiden kepada badan ini sejak April 1984.

NED secara tersiratnya adalah sebahagian agenda Amerika Syarikat untuk menguasai politik negara-negara lain di dunia atas alasan demokrasi. NED adalah intrumen demokrasi Amerika yang dibiaya secara terus oleh United State Agency for International Development.

Secara kesimpulannya, di dalam pertubuhan NED ini mempunyai ramai lagi tokoh Yahudi yang berselindung di dalam perjuangan demokrasi. Tetapi matlamat utama mereka adalah melindungi segala kepentingan Yahudi di serata dunia dan menganggu gugat ketenteraman dunia Islam dengan `misi demokrasi'. Selain itu, mereka mengharapkan dunia Islam menjadi kucar-kacir dan huru-hara, supaya mudah mereka menakluki ekonomi dan pentadbiran negara-negara tersebut terutamanya negara-negara Islam.

Mempunyai 4 organisasi yang dibiayai sepenuhnya oleh NED iaitu :-

i) Center for International Private Enterprise (CIPE)

ii) National Democratic Institute for International Affairs (NDI)

iii) National Republican Institute for International Affairs. Kemudian ditukar kepada International Republican Institute (IRI)

iv) Free Trade Union Institute. Kemudian distruktur semula sebagai American Center for International Labor Solidarity (ACILS) atau dikenali sebagai Solidarity Center.

Adakah kita sudah dijajah Zionist melalui proxy?

visit anwaribrahimdotcom.blogspot.com
rainbowoftruth.blogspot.com

IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH