
Sdr Mazlan Aliman membuat tawaran dan cabaran terbuka kepada Pengerusi Majlis Belia Felda (MBF), Dato’ Ramli Ismail untuk berdebat mengenai isu-isu yang dibangkitnya didalam bukunya itu. Mazlan berkata, tawaran beliau kepada pengerusi MBF itu adalah serius dan beliau bersedia untuk berdebat dengan Ramli pada bila-bila masa dan dimana jua.
Katanya, apa yang beliau tulis didalam buku berkenaan adalah hasil kajian yang dibuatnya selepas mengadakan lawatan hampir keseluruh rancangan Felda di Malaysia bertemu dengan masyarakat peneroka serta generasi baru Felda termasuk juga peserta Felda Plantations .
Ia dibuat dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai generasi kedua Felda yang menghabiskan banyak masa masyarakat bawahan Felda.
Saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan daripada perjuangan ini, jauh sekali utnuk mencari kekayaan melalui perjuangan ini sebagaimana pihak tertentu yang berkepentingan serta kaya raya hasil penat lelah peneroka,” ujarnya ketika ditemui pada majlis dialog dengan masyarakat Felda Jenderak Utara.
Mazlan menyifatkan perjuangan generasi baru Felda masih jauh dari sasaran, ini kerana generasi baru Felda sedang berdepan dengan cabaran dan pelbagai masalah yang paling asas seperti perumahan, peluang pekerjaan , gejala sosial dan sebagainya. Masalah keperluan asas mereka pun masih belum selesai oleh Felda dengan sebaiknya. Malah, menurut Mazlan beliau melihat sendiri bagaimana generasi baru Felda ini terpaksa tinggal diatas tanah ‘sekangkang kera’ milik ibu bapa mereka di tanah rancangan, tidak kurang juga ada terpaksa menyewa rumah didalam kawasan tanah rancangan.