" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Thursday, October 23, 2008

TERIMA KASIH DAUN KELADI





18 SYAWAL 1429 H - PEKAN

Bertempat di Madrasah Al Husna Jalan Rompin lama Pekan , Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan yang ditunjangi oleh Ust. Fadhil Nor Abd Karim telah berjaya melaksanakan amanah PASTI Negeri dalam menjayakan pertandingan ilmiah sempena majlis ihtifal PASTI Negeri.

Dengan kehadiran dan penyertaan dari 8 PASTI Kawasan seluruh Pahang , suasana meriah tersebut telah berjaya menghilangkan rasa penat jawatankuasa pelaksana walaupun dalam keadaan yang cukup terhad tenaga kerjanya.

Program pertandingan yang diatur dengan 7 acara atau kategori yang disertai oleh pelajar PASTI lelaki dan perempuan telah menyerlahkan bakat serta potensi yang tinggi di kalangan anak-anak PASTI yang telah dididik oleh pengajar yang cukup berinisiatif dan mempunyai komitmen tinggi dalam pendidikakan anak-anak.

Acara ini turut menyaksikan PASTI kawasan Kuantan telah berjaya mengungguli 4 acara lelaki perempuan selain dari memperolehi markah tertinggi bagi kategori khutbah dengan 98 markah.

Pengadilan yang diketuai oleh Ust Rashdan, telah berpuashati dengan kualiti serta bakat yang ditunjukkan oleh pelajar.

Pengarah program,Ust Fadhil Nor turut menunjukkan rasa puashati dengan kerjasama,sokongan serta komitmen berterusan jawatankuasa pelaksana dalam menjayakan acara besar ini. Beliau turut mengucapkan berbanyak terima kasih terutama kepada Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Ust Suhaimi Saad selaku perasmi serta ALP PASTI Negeri Pahang yang turut memeriahkan lagi program ini.

Harapan yang tinggi agar anak-anak kita dididik dengan cara sebenar pengamalan Islam patut diambil berat oleh semua ibu bapa dengan menghantar dan mendedahkan anak-anak dengan pra sekolah seperti PASTI, menjadi kata kunci penting ucapan penutup oleh perasmi program Ust Suhaimi Saad .

Ucapan terima kasih turut dirakamkan atas kerjasama NISA` Pekan dalam menyediakan para hakim bagi acara yang dipertandingkan.

Sekian...

No comments:

IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH