" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Monday, December 17, 2007

KEDIAMAN RASMI UNTUK MANGSA BANJIR, TOK GURU BOLEH BUAT, NAJIB CAMANA?

KOTA BHARU, 16 Disember (hrkh) - Mungkin tidak berlaku di tempat lain, namun ianya berlaku di negeri Kelantan, apabila Menteri Besarnya, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjadikan kediaman rasminya JKR 10, sebagai tempat perpindahan mangsa banjir.

Seramai 265 orang dari 69 keluarga telah bermalam di dewan kediaman rasmi Menteri Besar, yang terletak di Kampung Sireh sejak tiga hari lalu.

Rumah rasmi tersebut sudah dua kali dijadikan tempat perpindahan mangsa banjir di mana buat kali pertamanya pada tahun 2004.
lanjutan :...
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=5169

Di Pekan, banjir besar yang menghampiri banjir tahun 1970 telah mengingatkan noltalgia bonda dan ayahanda ketika mereka menghadapi ujian tersebut. Keadaan sedikit panik berlaku di Pekan. Pasaraya diserbu, bekalan makanan seperti beras, minyak masak, telur, tepung, gas memasak hampir habis dijual dan ada sebahagiannya telah habis stok. Petrol dan diesel dah hampir 3 hari kehabisan bekalan. Rakyat mula merasai keperitan ini, Najib nampaknya sibuk juga kehulu kehilir terbang dengan Hellinya melihat keindahan Darerah Pekan digenangi banjir dari sudut awan biru dan sekali sekala hinggap di singgahsana mangsa banjir bagi mengucapkan salam dan memenuhi ruang berita TV3 dan RTM nanti.
Itulah fenomena di Pekan, banjir kali ini sangat mengejutkan. Katanya akan berlaku banjir Fasa 2 pada 21hb. Disember kerana pada hari tersebut akan berlaku air laut pasang besar. Dan jika banjir berterusan hingga 25hb. Disember, pasti akan menjadi lebih buruk lagi kerana pada hari tersebut dianggarkan laut akan pasang setinggi 3.8meter, catatan yang jarang berlaku.
Sanggupkah Najib berkorban untuk pengundinya? Kenapa tidak menggunakan kediaman beliau di Peramu Jaya sebagai tempat pemindahan mangsa banjir, adakah Rosmah sanggup memberi layanan kepada mangsa banjir seumpama tetamu yang bertandang kerumah? Najib perlu buktikan ambil berat beliau kepada pengundi di Pekan kerana telah banyak membantu mengekalkan kedudukan beliau sekarang. Sekalipun majoriti hampir 7ribu datangnya dari Kem Batu 10, Kuantan dan kem orang Kedah di Sungai Miang.
Ramai yang merasa hairan, kurangnya penglibatan NGO dan sektor korporat ketika banjir di Pekan dan Pahang amnya. Adakah Pahang bukan lubuk projek berbanding Johor yang jauh lebih maju dan banyak peluang perniagaan? Langsung takde publisiti, berbeza sungguh ketika Johor banjir besar...itu semua Najib kena selidik kenapa dan bagaimanan silapnya.
Ayuh kita lihat..adakah pengundi Pekan akan bersabar dengan ujian ini. Perihal banjir membawa 3 makna iaitu ;
1. Ujian Allah bagi mereka yang beriman dan beramal soleh. Menjadi kemenangan bagi mereka yang sabar.
2. Penghapus dosa bagi mereka yang sabar.
3. Bala bagi mereka yang ingkar dan kekal melalukan dosa.
bersambung nanti dengan photo menarik...

No comments:

IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH