Zaili Muhammad Thu Nov 29, 07 6:37:45 am MYT
MELAKA, 29 Nov (Hrkh) - Gejala pembaziran bukan sahaja diamalkan oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob, tetapi rupanya turut menular kepada bekas Menteri Besar Pahang yang sekarang ini merupakan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob. Khalil dengan nombor kad pengenalan 371229-06-5295 telah melakukan bidaan bagi nombor pendaftaran MBN 1 sebanyak RM56,100 dan jumlah ini merupakan bidaan yang tertinggi bagi siri MBN.
Beliau juga turut membida nombor pendaftaran MBN 8 dengan harga RM22,000 dan ini menjadikan kesemua nilai bidaan yang telah dibuat oleh Khalil adalah berjumlah RM78,100.
Jumlah ini juga mengalahkan bidaan tertinggi siri CCC selepas Sultan Pahang membida nombor CCC 1 pada harga RM76,000 dan Dato' Seri Adnan yang berjaya memenangi tender nombor CCC 9 pada harga RM48,000.
Nampaknya pemimpin dan bekas pemimpin dari Pahang ini mempunyai wang yang banyak dan kaya-raya, jika tidak masakan mereka boleh membida hanya untuk nombor pendaftaran kereta pada harga yang begitu tinggi sekali.
Persoalan yang bermain di benak rakyat Malaysia dari manakah mereka memperolehi kekayaan yang begitu banyak itu, apakah kekayaan itu diperolehi dari hasil yang halal atau haram? BPR perlu menyiasat dengan segera jangan bersikap 'double standard' cuma terhadap kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS sahaja.
Pada masa sama, ada rakyat Pahang yang begitu memerlukan pertolongan dan pembelaan seperti keluarga Zakaria Deraman, 42, bersama isterinya Nurhamizah Mat Jusoh, 34 dan lapan orang anak mereka terpaksa tinggal di sebuah rumah yang tidak ubah seperti reban ayam di kawasan bekas lombong, Jalan Kuantan- Muadzam Shah, dekat Gambang, di Pahang.
Sebelum ini, dua individu iaitu bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang, Razali Alias dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berserah, Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman yang masing-masing telah membuat laporan kepada pihak berkuasa terhadap penyalahgunaan kuasa oleh bekas Menteri Besar Pahang, Khalil dalam isu balak.
Satu lagi laporan polis terhadap Khalil dibuat oleh Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) Pahang pada bulan September lalu tetapi kes tersebut telah diistiharkan ditutup oleh Pengarah Siasatan BPR, Dato' Mohd Shukri Abdul baru-baru ini. - mks. -->
No comments:
Post a Comment