" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Wednesday, August 29, 2007

SEKAPUR SIREH dari ana & rakan sahabat



Salam, buat sahabat pengunjung blog fadhilnor dan rakan-rakan menulis. Mohon maaf kepada sahabat sekalian, bukan niat untuk mengelirukan sahabat dengan nama fadhilnor yang cukup masyur di persada politik tanah air tetapi itu lah nama yang telah dinukilkan oleh ayahanda & bonda sejak ana dilahirkan di bumi Allah S.W.T yang fana ini.
Ana sebenarnya adalah dari Dewan Pemuda PAS kawasan PEKAN. Memikul tanggungjawab dan amanah sebagai Ketua Pemuda PAS bagi sessi 2007 / 2009. Bersama sahabat-sahabat ahli jawatan kuasa menulis blog ini bagi menyampaikan hasrat dan hala tuju Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan dipersada IT yang perlu dimanafaatkan.
Blog ini akan dinukilkan dengan dua slot iaitu slot 1 : Tazkirah & Peringatan dan slot 2 : Isu-isu semasa ( negara amnya dan Pekan khususnya). Kami akan cupa sedaya upaya sentiasa mengemaskinikan blog ini dengan tazkirah yang terbaru dan menampilkan isu-isu semasa yang lebih spesifik kepada kawasan Parlimen Pekan, INSYAALLAH.
Sasaran kami adalah golongan masyarakat yang celik IT di kawasan Pekan dan Pahang amnya. Kami berharap supaya blog ini dapat digunakan sebagai sumber ilmu dan maklumat alternatif.
Ucapan terima-kasih kepada Lajnah IT Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan, Lajnah Tarbiah PAS KAwasan Pekan dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan dan rakan-rakan AJK PAS Kawasan Pekan yang memberi sokongan padu kepada pembinaan lamat blog ini.
Wassalam.

1 comment:

IbnuYaacob said...

Tahniah & Syabas buat Ust Fadhil dan sahabat2 DPP Pekan dgn wujudnya Laman Blog ini ..dapat la melepas rindu utk sahabat di Pekan . 10 tahun sat saja berlalu ..

IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH