" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Friday, August 31, 2007

Kontigen Sulong PAS Kawasan Pekan di Perarakan Merdeka kali 50







Jumaat - 31 Ogos 2007, PAS Kawasan Pekan telah memecah tradisi apabila dijemput untuk kali pertamanya menyertai perarakan Sambutan Merdeka kali ke 50 yang diadakan pada 31hb Ogos 2007 di dataran Pekan. Kontigen PAS Kawasan Pekan diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan iaitu Al Fadhil Ustaz Fadhilnor bersama rakan pemuda dan cawangan. Perbarisan dan kontigen perarakan diketuai oleh Sdr. Nazri yang juga bekas seorang tentera dan pernah berkhidmat bersama anggota MALBAT.
Dengan ahli kontigen seramai 22 orang telah mendapat sorakan gemuruh daripada perserta dan masyarakat yang turun hadir ke Dataran Pekan. Antara mereka yang dilihat memberi sokongan adalah dan tepukan gemuruh adalah dari Pasukan Polis, Bomba, Kesihatan, Pertubuhan Peladang dan ketika melalui kumpulan anak-anak dari PLKN suara takbir telah dilaungkan oleh pelajar PLKN disambut dengan tepukan gemuruh penonton dan peserta.

Walaupun bilangan kontigen PAS kali pertama ini tidak mencapai sasaran 50 orang namun dalam suasana yang terdesak dan bidan terjun kita masih mampun menurunkan kontigen kita sekalipun dalam serba kekurangan. Peserta kelihatan sungguh seronok dan beriltizam jika mereka dipanjangkan umur akan bersedia untuk menyertai perakaan dan mebuat persedian terperinci dan lebih kemas.


Oleh : Lajnah IT, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan






No comments:

IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH