" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Thursday, November 29, 2007

MB Pahang makin bercelaru,'cakap pusing-pusing'

Basiron Abdul Wahab Thu Nov 29, 07 6:43:29 am MYT
KUANTAN, 29 Nov (Hrkh) - Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakub mungkin menghadapi masalah 'kecelaruan pemikiran' berikutan kenyataannya yang sering berubah-ubah sejak kebelakangan ini. -->

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Suhaimi Md Saad berkata, dalam masa beberapa hari sahaja kenyataan Menteri Besar itu boleh berubah 100 peratus daripada yang diperkatakan sebelumnya.
Beliau mengambil contoh isu bidaan plat nombor kenderaan melibatkan dua anggota Exco Pahang , Dato' Shahiruddin Moen dan Dato' Ahmad Shukri yang dilapor telah membida nombor plat CCC 3 dan CCC 8 daripada Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) dengan harga RM62,000.

Kata Suhaimi, Jumaat lalu Adnan dengan tegas dan memberi kata dua kepada anggota Exconya supaya menarik balik bidaan atau meletak jawatan Exco, walaupun keduanya sememangnya berkemampuan membida nombor plat bernilai tinggi itu kerana mempunyai perniagaan.

Kelmarin Adnan telah berubah sikap apabila mempertahankan tindakan Pejabat Menteri Besar membida dan memenangi bidaan nombor plat CCC 9 dan CCC 20 yang berharga RM48,000 dan RM5,500 setiap satu. Alasan menteri besar itu kononnya nombor itu akan diguna untuk kegunaan kenderaan tetamu kerajaan negeri yang memerlukan 'fancy'. Suhaimi berpendapat, sikap Adnan dalam isu ini memperlihatkan 'kecelaruan pemikiran' dan 'cakap pusing-pusing' serta gagal menimbang perkara yang lebih mustahak kepada kerajaan. Suatu ketika Adnan melarang anggota Exconya membida nombor plat CCC 3 dan CCC 8 selepas itu mempertahankan pula pejabatnya membida plat CCC 9 dan CCC 20.

Ini kerana kedua-dua anggota Exco berkenaan menggunakan wang sendiri untuk membayar bidaannya berbanding pejabat Menteri Besar (yang membida plat CCC 9 dan CCC 20 ) sudah pasti akan mengguna wang kerajaan (rakyat). Media melaporkan Adnan berkata, tindakan pejabatnya membida kedua-dua plat tersebut bukanlah suatu pembaziran kerana bidaan itu dibayar kepada sebuah agensi kerajaan. Kenyataan Adnan itu disifatkanya sebagai 'sangat mengelirukan' oleh seorang peguam, Abdullah Karim.

Menurut Abdullah, adalah tidak munasabah bagi Adnan menggunakan hujah logik demikian kerana setiap ringgit yang dibayar kepada agensi kerajaan pusat mahu negeri tetap dianggap suatu perbelanjaan. "Jika mengikut logik Adnan bolehlah kerana berbelanja apa sahaja seperti menggunakan air secara berlebihan kerana wang itu akan dibayar kepada agensi kerajaan juga,"ujarnya. Sementara itu Bendahari Badan Perhubungan Negeri, Mosanif Abdul Rahman mempersoalkan keperluan pejabat Menteri Besar sehingga memerlukannya membida nombor plan bernilai tinggi.

Beliau berkata, apa pun nombor plat yang diguna sesebuah kenderaan fungsinya tetap sama iaitu sebagai kenderaan. Sehubungan itu beliau mencadangkan kerajaan menghapuskan sahaja sistem tender bagi nombor 'nombor terpilih' bagi kenderaan seperti diamalkan sekarang bagi mengelak unsur rasuah, pembaziran dan sebagainya. - mks. -->

Bidaan nombor kenderaan, Khalil lebih hebat dari Adnan

Zaili Muhammad Thu Nov 29, 07 6:37:45 am MYT

MELAKA, 29 Nov (Hrkh) - Gejala pembaziran bukan sahaja diamalkan oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob, tetapi rupanya turut menular kepada bekas Menteri Besar Pahang yang sekarang ini merupakan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob. Khalil dengan nombor kad pengenalan 371229-06-5295 telah melakukan bidaan bagi nombor pendaftaran MBN 1 sebanyak RM56,100 dan jumlah ini merupakan bidaan yang tertinggi bagi siri MBN.
Beliau juga turut membida nombor pendaftaran MBN 8 dengan harga RM22,000 dan ini menjadikan kesemua nilai bidaan yang telah dibuat oleh Khalil adalah berjumlah RM78,100.
Jumlah ini juga mengalahkan bidaan tertinggi siri CCC selepas Sultan Pahang membida nombor CCC 1 pada harga RM76,000 dan Dato' Seri Adnan yang berjaya memenangi tender nombor CCC 9 pada harga RM48,000.
Nampaknya pemimpin dan bekas pemimpin dari Pahang ini mempunyai wang yang banyak dan kaya-raya, jika tidak masakan mereka boleh membida hanya untuk nombor pendaftaran kereta pada harga yang begitu tinggi sekali.
Persoalan yang bermain di benak rakyat Malaysia dari manakah mereka memperolehi kekayaan yang begitu banyak itu, apakah kekayaan itu diperolehi dari hasil yang halal atau haram? BPR perlu menyiasat dengan segera jangan bersikap 'double standard' cuma terhadap kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS sahaja.
Pada masa sama, ada rakyat Pahang yang begitu memerlukan pertolongan dan pembelaan seperti keluarga Zakaria Deraman, 42, bersama isterinya Nurhamizah Mat Jusoh, 34 dan lapan orang anak mereka terpaksa tinggal di sebuah rumah yang tidak ubah seperti reban ayam di kawasan bekas lombong, Jalan Kuantan- Muadzam Shah, dekat Gambang, di Pahang.
Sebelum ini, dua individu iaitu bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang, Razali Alias dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berserah, Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman yang masing-masing telah membuat laporan kepada pihak berkuasa terhadap penyalahgunaan kuasa oleh bekas Menteri Besar Pahang, Khalil dalam isu balak.
Satu lagi laporan polis terhadap Khalil dibuat oleh Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) Pahang pada bulan September lalu tetapi kes tersebut telah diistiharkan ditutup oleh Pengarah Siasatan BPR, Dato' Mohd Shukri Abdul baru-baru ini. - mks. -->

Friday, November 16, 2007

UNIT AMAL YANG HEBAT - HULURKAN BANTUAN ANDA TANDA TERIMA-KASIH


Memohon Sumbangan untuk Unit Amal Malaysia
Friday, 16 November 2007

Seramai 10 orang anggota Unit Amal Malaysia telah ditahan oleh pihak polis pada Himpunan Rakyat anjuran BERSIH 10 November lalu. Kesemua mereka yang ditahan itu ialah Mohd Zad b. Abdullah (W.Persekutuan), Nawi b. Abdullah (Pahang), Mohamad b. Arifin (Pahang), Ishak b. Osman (Kedah), Taib b. Abdullah (Kedah), Abi Salam b. Ariffin (Kedah), Mohd Nazrin b. Mohd Nasir (Kedah), Syafie b. Ismail (Kedah), Yahya Mohd Nor (Terengganu) dan Fauzi Awang (Terengganu).
Daripada laporan yang diberikan, mereka ditahan oleh pihak polis adalah bertujuan untuk memastikan tugasan yang diberikan kepada mereka bagi mengawal keamanan himpunan tersebut gagal. Walaupun dibebaskan pada pukul 10.30 malam hari yang sama, kesemua anggota Unit Amal yang ditahan itu dikehendaki melaporkan diri ke Balai Polis Dang Wangi pada 10 Disember 2007 nanti.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat ingin memohon daripada semua para pencinta keadilan agar dapat menghulurkan sumbangan kepada 10 anggota Unit Amal yang ditahan ini bagi menampung kos perbelanjaan pengangkutan mereka untuk hadir melaporkan diri ke Balai Polis Dang Wangi bulan hadapan. Selain daripada itu Jabatan Amal Malaysia juga memerlukan sumbangan untuk terus memperkasakan organisasi agar seluruh anggota Unit Amal Malaysia dapat memberikan perkhidmatan serta melaksanakan kebajikan kepada masyarakat.

Sumbangan tuan/puan bolehlah dimasukkan kedalam akaun Jabatan Amal Malaysia yang baru diwujudkan seperti berikut :

JABATAN AMAL MALAYSIA DPPP
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) : 140-14010-133-669

Segala makluman tentang sumbangan bolehlah dimaklumkan kepada :

1) Mohd Hafiz b. Musa (Pengarah Kewangan) : 019-9817327
2) Mohd Shahraini Abu Sahid (Setiausaha) : 013-2449849


Sekian, terima kasih.

MOHD SHAHRAINI ABU SAHID
Setiausaha Jabatan Amal Malaysia
Dewan Pemuda PAS Pusat.

http://jabamal.wordpress.com

Monday, November 12, 2007

Sunday, November 11, 2007

POLIS MENGGANAS DI PERHIMPUNAN AMAN BERSIH

Sabtu, 10 November 2007, Perhimpunan BERSIH bagi menuntut demokrasi yang adil melalui memorandum kepada SPBY Agong dicemari polis apabila berlaku adegan kejar mengejar Di sekitar ibu kota oleh FRU dan trak mereka yang kononnya untuk menyuraikan himpunan yang haram.

Saya yang ketika itu berada di luar masjid Jamek telah diserang oleh FRU menggunakan water cannon dan gas pemedih mata. Pihak polis yang mendapat arahan dari Menteri dalam negeri iaitu PM Malaysia telah menggunakan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan aman bersih di sekitar Masjid Jamek. Seperti kata wartawan AL Jazeera " Lihat, inilah demokrasi ala Malaysia.."

Berikut antara photo yang sempat dirakamkan ;

















Click untuk lebih jelas ;

Monday, November 5, 2007

Friday, November 2, 2007

HIMPUNAN BERSIH 100 RIBU

Wahai sahabat yang budiman, Ayoh sumbangkan masa dan usaha anda demi tertegaknya demokrasi di bumi Malaysia tercinta ini. Masih mampukah kita melihat demokrasi diperkosa oleh perogol bersiri yang langsung tidak mengenali apakah tujuan hidup mereka di dunia ini.

Ini lah masanya membuat perubahan, kita yakin kepada institusi Feudal dan meletak kebijasaan Yang Dipertua Agong untuk mengambalikan keyakinan majoriti rakyat yang mula pudar dengan sistem perundangan, keselamatan, ketelusan dalam mengendalikan wang rakyat, kebijaksanaan dalam menyusun sektor ekonomi danyang paling penting adalah KESUNGGUHAN meletakkan Islam di tempat yang sepatutnya.

Kami sokong sepenuhnya Jiwa raga kami kepada Himpunan Aman BERSIH 100,000 di Dataran Merdeka...


IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH