" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Wednesday, October 28, 2009

KEMBARA BERMOTOSIKAL PEMUDA PAS BAWA MISI PEMUDA


Bermula Jumaat 23 Oktober 2009 sekitar Jam 3.00 petang, Kembara Motosikal Pemuda PAS Pekan telah berkumpul untuk mula dilepaskan oleh YDP PAS Kawasan Pekan Al Fadhil Ustaz Abu Kasim Manaf bagi membawa MISI Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan menjelajahi 3 Daerah iaitu Pekan, Kuantan ke Chini dan Rompin.

Berikut antara photo yang sempat di kongsi bersama pengunjung blg sekalian.







Thursday, October 15, 2009

KEMBARA BERMOTOSIKAL PEMUDA PAS


KEMBARA BERMOTOSIKAL DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN AKAN DIADAKAN PADA 16, 17 DAN 18 HARIBULAN OKTOBER 2009.

PROGRAM KHUSUS DISASARKAN KEPADA GOLONGAN MUDA INI AKAN MENJELAJAH BEBERAPA DAERAH BERMULA DI PEKAN KE KUANTAN KE CHINI, MUADZAM DAN SETERUSNYA KE ROMPIN DAN BERAKHIR DI BANDAR DIRAJA PEKAN.

SEMUA ANAK-ANAK MUDA DIJEMPUT BERSAMA-SAMA .


HUBUNGI URUSETIA KAMI ;

USTAZ FADHILLAH - 0139075105,

ZUL - 0199122786

USTAZ KHAIRUL ANUAR - 0148352173

JAMUAN EIDUL FITRI PAS PEKAN DI DUN CHINI

Pas Kawasan Pekan telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada Tahun ini di Felda Chini 05 diperkarangan rumah Tim.Pengarah Pas Dun Chini.

Kehadiran sangat mengalakkan yang hadir terdiri daripada penduduk persekitaran dan orang ramai dari masyarakat Perliman Pekan.

Turut hadir adalah Ketua Pemuda Pas terenganu YB.Ustaz Mohd Nor Hamzah,YDP Pekan Ustaz Ustaz Abu Kasim dan AJK Kawasan.Pengarah Dun Chini Ustaz Fadhilnoor mengucapkan ribuan terima kasih dengan ramainya kehadiran yang hadir pada kali ini.
Sumbanga pada yang kurang upaya juga diadakan.sumbangan ini telah disampaikan oleh YDP Pekan ustaz Abu Kasim dan Ketua Pemuda Pas Pekan Ustaz Fadhilnoor.






Gambar kerja-kerja akhir sambutan Hari Raya Aidil Fitri Pas Pekan



Saturday, September 19, 2009

Sunday, September 13, 2009

IFTAR JAMAIE & QIAMULLAIL DI Kuala Pahang


22hb Sept 2009 / 22 Ramadhan 1430 Hijrah, Program Iftar Jamaei Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan telah berjaya diadakan bertempat di Surau Mutiara, Kg Kuala Pahang di kawasan Dun Peramu Jaya Parlimen Pekan.

Program bermula seawal selepas zohor dengan gotong royong menyediakan jamuan berbuka puasa bersama Qariah surau Mutiara.

Program kemudian diteruskan dengan tazkirah menjelang iftar dan penyampaian sumbangan ramadhan kepada golongan kurang bernasib baik sekitar Kuala Pahang. Tazkiran dan sumbangan disempurnakan oleh YDP PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf yang juga tetamu utama undangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan pada hari tersebut.



Dalam menyampaikan tazkiran beliau, YDP sempat mengingatkan para tetamu tentang peri pentingnya mengambil kesempatan di bulan Ramadhan yang mulia ini memperbaiki diri dan berusaha menjadi insan yang patuh kepada Agama dan sentiasa merebut peluang mendapat keampunan didalam Ramadhan Al Mubarak ini. Lebih 40 orang tetamu muslimat dari penduduk sekitar Kuala Pahang hadir mendengar Tazkiran dan menerima sumbangan ramdhan dari Pemuda PAS Pekan.

Majlis berbuka puasa agak meriah dengan kehadiran hampir 80 orang ahli jemaah sekitar Surau Mutiara dan program diteruskan dengan solat maghrib dan tahlil arwah. Selepas solat sunat tarawikh diadkaan Tazkirah yang disampaikan oleh Al Fadhil Ketua Pemuda PAS Kawasan Pekan iaitu Ustaz Mohd Fadhilnor bin Abdul Karim.

Beliau menyentuh tentang peri penting merebut peluang ibadah dibulan ramadhan yang hanya datang sekali dalam setahun dan dalam suasana di penghujung ramadhan ini, beliau menyeru diri sendiri dan para jemaah supaya merebut peluang mendapat malam yang dikatakan malam seribu bulan iaitu Lailatul Qadar. Untuk mendapatkan cita-cita tersebut, perlu usaha dikeluarkan dengan mula berjaga malam dengan Qiamullail dan banyak membaca Al Quran.

Beliau merasa pelik dengan sikap masyarakat yang melakukan kebaikan tidak kena dengan tempatnya. Sebagai contoh, ketika bersolat jemaah, makmun biasa memberi laluan kepada orang lain untuk mengambil Saf hadapan sedang pada zaman Rasullulah sahabat berebut-rebut mengambil Saf paling hadapan kerana ingin mendapatkan kemulian bersolat dibelakang Nabi.

Program Qiamullail pula bermula sekitar jam 3.20 pagi dengan diadakan solat sunat Tasbih, solat sunat Taubat, Hajat dan berakhir dengan Solat sunat Witir 3 rakaat. Kemudian semua peserta program bersahur bersama-sama dan bersolat subuh secara berjamaah. Kuliah Subuh pada pagi tersebut pula telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Khairul Anuar yang juga Pengarah Unit Amal PAS Kawasan Pekan.

Program berakhir dengan gotong royong membersihkan sekitar Surau Mutiara. Para Jemaah dan Qariah Surau Mutiara rata-rata berpuas hati dengan progrma kunjungan pemuda ke kawasan mereka dan berharap ia dapat dilakukan dengan lebih kerap.


penulis ; Lajnah IT

IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH