" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Monday, July 6, 2009

Tamrin AJK Dewan Pemuda PAS Pekan

Tamrin AJK DPP Pekan ini diadakan pada 3 Julai dan berakhir pada 4 Julai 09 . Ia di hadiri seramai 13 orang AJK. Tujuan program ini dijalankan ialah bagi memantapkan Siyasah Islamiah di kalangan AJK. Pentarbiah di kalangan ahli PAS perlu diperkukuhkan lagi bagi memantapkan jemaah dalam menyusuri arus perjuangan yang dipenuhi pelbagai mehnah dan tribulasi.

Pelbagai segmen dan slot dijalankan sepanjang program ini. Di antara pimpinan yang hadir untuk memberi kuliah dan ceramah ini seperti Ustaz Abu Kassim(YDP PAS Pekan), Ustaz Suhaimi Saad ( Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang), Ustaz Shahril Azman (Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang) dan Ustaz Azmi Dibok (Pengerusi Lajnah Tarbiah DPPN Pahang). Semoga program yang berilmu ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.

Thursday, July 2, 2009

Pemimpin Di Dunia, Pemimpin Di Akhirat

Firman ALLAH yang bermaksud:
"Dan (wahai Tuhan) jadikanlah kami imam (pemimpin) kepada orang-orang yang bertakwa."
Surah Al-Furqan (25:74)

Apa yang berlaku di Perak telah mengajar kita semua umat Islam, bahawa pemilihan pemimpin perlulah kepada orang yang bertakwa. Dalam hal memilih pemimpin, Islam menetapkan garis panduannya dengan jelas. Oleh kerana Al-Quran itu adalah panduan dan peraturan, maka pemimpin yang patuh kepada kehendak Al-Quran yang memimpin ke arah ketaqwaan. Orang-orang beriman tidak wajar memilih pemimpin semata-mata kerana mereka itu ada pangkat, kekayaan dan juga kekuasaan. Dengan harta, pangkat dan kekuasaan belum pasti pemimpin itu layak dituruti kerana belum pasti mereka dapat membawa pengikutnya kepada keredhaan Allah. Orang-orang yang menjadi pemimpin biarlah orang yang tahu halal dan haram, dosa dan pahala. Tegasnya pemimpin itu mestilah mereka yang celik Al-Quran supaya bukan sahaja pemimpin itu bertaqwa, tetapi juga menjadi pemimpin kepada orang-orang yang bertaqwa.

Selain itu janganlah pula orang-orang yang beriman menjadi pengikut kepada pemimpin yang tidak menghiraukan halal dan haram, sesungguhnya sikap pemimpin yang demikian itu adalah melampaui batas-batas Allah (taghut). Janganlah di akhirat kelak orang-orang yang tergolong celik agama tetapi berada dalam barisan yang menuju kepada neraka, iaitu di bawah pimpinan manusia yang bertaraf taghut. Sesungguhnya akan diseru manusia di akhirat kelak supaya mengikut di belakang pemimpin yang mereka taati. Justeru itu janganlah sampai tersalah memilih pemimpin, kerana pemimpin itu mempunyai tanggungjawab bukan sahaja di dunia tetapi juga menjadi pemimpin di akhirat. Adakah pemimpin negara masakini menepati ciri-ciri pemimpin di dunia dan pemimpin di akhirat. Tepuk dada tanyalah iman..

Wednesday, July 1, 2009

PERHATIAN SEMUA AJK DPP PEKAN

(photo hiasan)

TAMRIN DEWAN PEMUDA PAS

KAWASAN PEKAN

TARIKH :
3 JULY 2009 - 4 JULY 2009

TEMPAT :
MADRASAH DARUL HUSNA , PEKAN

PENDAFTARAN :
5.00 PETANG


PENGLIBATAN SEMUA AJK SESSI 2009/2011

Tuesday, June 23, 2009

TIMBALAN PRESIDEN BERJIWA PEMIMPIN ISLAM


Hampir mengalirkan airmata melihat kenyataan rasmi pimpinan PAS diketuai oleh Mursyidur Am Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat bersama Timbalan Mursyidul Am Tuan Guru Dato' Harun Din Al Hafiz, Presiden PAS Tuan Guru Dato Haji Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Al Fadhil Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Naib-naib Presiden serta Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat PAS Pusat dalam isu Perpaduan.

Apa yang sangat menakjubkan bagi kami pimpinan bawahan apabila krisis ini berjaya ditangani dengan semangat perjuangan Islam yang tulin. Yang pasti sikap tuan guru yang agak tegas sebelum ini bukan lah datang dari sikap peribadi beliau tapi itulah hasil dari pembinaan jiwa seorang pejuangan Islam kental yang pernah melalui pelbagai kepayahan dalam mengharungi kejahatan UMNO dan BN yang sangat bencikan siasah Islam.

Tuan Guru Presiden sangat bijak menghadapi isu ini. Perjumpaan semalam telah menjernih suasana kelam kabut dihati ahli dan penyokong PAS. Beliau tidak gopoh dalam menangani isu yang besar dan menggunakan kaedah Islam dengan mengadakan perbincangan dari hati ke hati bagi mencari punca buku simpulan kecil yang mengganggu suasana harmoni dalam jemaah.

Syabas kepada Al Fadhil Timbalan Presiden, anda begitu matang menghadapi ujian ini. Jiwa mu adalah jiwa pemimpin Islam. Sikap sabar, tenang, wala' dan tidak cepat melatah adalah sifat bijak yang harus ada dan dicontohi oleh setiap pejuang Islam dalam jamaah. Keiklasan TP terpancar dalam senyuman anda. Muga Timbalan Presiden terus kekal memimpin kami.

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah karana Jemaah PAS yang kami dukungi dikurniakan pimpinan yang sangat tegas, bijak, tawaduk, bersih hati, ikhlas dan sabar. Sifat ini dilihat ahli dan penyokong dibawah dan yang pasti berita gembira ini mengusik hati kami dan ia akhirnya melemahkan musuh kita UMNO dan Barisan Nasional kerana perancangan mereka sekali lagi tidak menjadi.

Oleh; Lajnah IT DPP Pekan

Wednesday, May 27, 2009

Tahniah buat seorang Pejuang

Tahniah kepada kekanda Ustaz Nasaruddin Hassan Tontawi kerana dipilih Allah memikul tanggungjawab besar memimpin golongan muda Islam dalam perjuangan yang diredhai Allah ini.. InsyaAllah.

Kami dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan merasa bangga dan kini bersedia menerima kepimpinan Al Fadhil Ustaz sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang baru.


Takir..Allahu Akhbar

Wednesday, May 20, 2009

KOMPLEKS PAS DI PUTRAJAYA


PUTRAJAYA, 18 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Tabung Pembangunan Kompleks PAS yang bakal dibina di atas tapak seluas 17 ekar di sebuah hotel terkenal hari ini.Apabila siap, komplek ini bakal mempunyai sebuah dewan persidangan yang boleh memuatkan 8,000 orang di samping pusat latihan moden serba lengkap di samping kawasan perniagaan dan perumahan.


Tapak itu terletak di Sungai Merab iaitu kira-kira lima minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran negara di Putrajaya.Ia di kelilingi oleh tasik dan sungai yang mengalir di sebelah tapak 17 ekar itu.Menurut Abdul Hadi, kompleks ini bakal mempersiapkan PAS untuk melangkah ke Putrajaya.


Di majlis itu, beliau menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk menjayakan pembinaan komplek yang bakal dibuat secara gotong royong di kalangan tenaga pakar dalam PAS."


Kompleks ini sudah dirancang sekian lama dan setelah mempunyai tapak yang sesuai kita lancarkan kutipan dananya hari ini," kata Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.Projek pembinaan kompleks yang dianggarkan menelan belanja RM27 juta ini dipengerusi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Sunday, May 3, 2009

MUKTAMAR PAS PEKAN



Ucapan Perasmian YB Hj.Abdul Wahid Endut
Ahli Perlimen Kuala Terenganu.

Dalam ucapanya beliau menekankan betapa muasabah diri amat perlu dalam satu-satu perjuangan untuk memegakkan Agama Allah ini.

Kita mencari kemenangan dengan kekuatan kita bukanya atas kelemahan lawan.
Kita harus menilai apa yang telah kita buat dalam cawangan kita ,dalam Dun kita,dalam kawasan Perlimen kita .....

Ada berapa surau,masjid,dewan,sekolah kebangsaan ,sekolah agama ,pasti,ada berapa masjid yang mengadakan kuliah masjid dan sebagainya....ini kita seharusnya ambil tahu...Kerana ini adalah tangungjawab kita dalam memperjuangkan Agama Allah ini.

Kita duduk dalam jamaah Islam bukan sebagai pemerhati,duduk dirumah bertanya khabar apa berlaku dipilihanraya dua bukit ....Lepas itu sembang dikedai kopi bercerita .....ini sebagai satu contoh....
Kita wajib ada bersama dan sekurang-kurang ada benda kita yang dikirim kesana...

Perkara-perkara yang wajib ada dalam pejuang Islam .

Jangan sesekali lari depan musuh
Jangan sesekali mencari musuh
Jika di panggil kejemputan kenduri pastikan pergi dan membuat kerja-kerja amal.
Jika ada kematian jangan sesekali tidak hadir dan pastikan kita sama-sama sembangyang jenazah
Pastikan kenduri kita semua pangil dalam satu-satu kampong tidak kira fahaman politik
Apabila mendengar berita sesiapa sakit pastikan kita menziarahi.
Pada muslimah...pastikan adakan usrah setiap minggu dan menziarahi sekiranya ada jiran-jiran yang bersalin dan beri bantuan.
Jangan sesekali buat kerja saat-saat akhir.

Dalam perkara diatas yang paling utama yang wajib kita ingat.

ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN
JANGAN BERBALAH SESAMA KITA SENDIRI KERANA KEKUATAN UKHWAH KENA ADA KORBAN PERASAAN.
JANGAN PUTUS HUBUNGAN DENGAN ALLAH.

Hidup Islam .......Islam untuk semua....

IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH