" ORANG MUDA GENG KITA - JOM JOIN PAS '

Friday, January 30, 2009

PROGRAM BERSAMA

PEMUA PAS PEKAN
Pemuda bersama Jamaah Surau Uhlul Azmi,Ampang .
Telah mengadakan satu program di Tasik Chini pada 29.11.08 yang lalu.bertujuan untuk beramah mesra bersama penduduk Asli dan memberi sumbangan pada penduduk.


















LAWATAN KE ACEH

PEMUDA PAS PEKAN
Telah mengadakan lawatan di Aceh pada 20.6.08 yang lalu.
sambil menyumbangkan derma pada anak-anak yatim mangsa Tsunami.
























JEMBORI KEBANGSAAN

PEMUDA PAS PEKAN
Turut meyertai Jambori Amal Kebangsaan.
Pada 31.5.08 yang lalu
Di Perak D.R.






















Tuesday, January 20, 2009

MAKLUMAT


Program pemuda Pas Pekan 2009

Konv.Dewan Pemuda Pas Pekan sempena MaulidullRasul.
Pada : 25.1.2009
Tempat : Darul Fitri ,Seri Damai ,Kuantan
Jam : 8.00pg - 3.00ptg

Semua dijemput hadir

MENUJU KEJAYAAN

Pemuda Pas Pekan yang diketuai oleh
Ustaz Fahdirnur Abd Karim bersama 7 pemuda telah berkampung di Dun Ladang dalam peti undi Pasir Panjang KT untuk berkempen Parlimen KT ,bermula pada 5hb hingga 17 hb jan. 09
yang lalu.


Kita merancang...Allah jua merancang dan Allah yang menentukan segalanya....
Kemenangan Parlimen Kuala Terenganu memihak pada Pas memberi satu petanda bahawa jenerasi muda masa kini menginginkan satu perubahan dinegara ini.
Ini dapat disimpulkan dengan adanya gerak kerja yang bersunguh-sunguh dan kerjasama antara mereka.

Terima kasih pada pengundi KT...
Terima kasih pada pemuda KT.....
Terima Kasih pada Semua ............
















Thursday, December 25, 2008

Majlis Perasmian Penutupan Kelas Intensif Fardhu 'Ain di Akademi Ar Rasyidin

BismiLlahirrahmanirrahim........




Pada 25 Disember 2008, telah diadakan satu majlis perasmian penutupan kelas Pengajian Intensif Fardhu 'Ain yang bertempat di Akademi Ar Rasyidin, Jalan Beserah Kuantan.

Dalam majlis yang telah diadakan ini, pihak Akademi Ar Rasyidin telah menjemput Al Fadhil Ustaz Mohd Fadhil Noor bin Abdul Karim selaku perasmi. Sepertimana yang sudah sedia maklum, Al Fadhil ustaz adalah Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ar Rasyidin salah sebuah NGO.

Dalam ucapan perasmian tersebut,ustaz ada menyentuh 3 perkara di dalam melahirkan anak-anak yang bertaqwa kepada Allah



1) Taat kepada Allah & Rasul

2) Taat kepada Ibu Bapa

3) Taat kepada guru-guru


3 perkara ini merupakan asas di dalam mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh dan solehah.



dan berkenaan peranan para ibu bapa dalam didikan agama kepada anak-anak. Ianya sangat penting kerana fenomena yang berlaku di mutaakhir ini sangat membimbangkan.






Jika ketiga-tiga asas ini tidak dititik beratkan oleh para ibu bapa dibimbangkan akan berlaku gejala-gejala yang tidak sihat kerana anak-anak mudah mengikut atau meniru gaya hidup pada masa ini yang secara umum sudah diketahui dalam media televisyen,akhbar dan majalah-majalah yang sering menghebahkan gejala-gejala kuning di kalangan para remaja khususnya.



Sempena Maal Hijrah pada tahun ini, marilah kita membuat perubahan dengan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dan menyusun waktu-waktu kita supaya ada ruang masa dengan Allah SWT. Mudah-mudahan kita diberi kebaikan oleh Allah SWT.

Friday, November 28, 2008

PROGRAM QURBAN PAS KAWASAN PEKAN

HARI RAYA EIDUL ADHA bakal menjelang tiba. PAS Kawasan Pekan akan mengadakan Majlis Qurban 6 ekor lembu pada hari raya Qurban ini iaitu pada 10hb. Disember 2008 iaitu pada hari raya ke 3 Eidul Adha.

Lokasi terpilih untuk melaksanakan majlis ini ada di Surau Al Ehsan Sepekan Jaya. 2 ekor Lembu disembelih di perkarangan Surau, 4 ekor pula akan disembelih di Pulau Manis Pekan. Seekor daripada lembu tersebut akan diserahkan kepada wakil Ketua cawangan PAS dari Chini.

YDP Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf menjemput semua ahli PAS dari kawasan Pekan ke majlis tersebut seawal 9 pagi dan membawa peralatan yang sesuai pada majlis tersebut.



Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan juga memohon semua ahli Pemuda PAS Pekan dapat bersama membantu dalam kerja-kerja pengagihan daging korban pada hari tersebut. Bagi mereka yang bekerja pada hari tersebut disarankan melakukan Qurban dengan mengambil cuti untuk sama-sama membantu pada majlis tersebut.

Pada malamnya, Ceramah Agama oleh Ustaz Moktar Senik Mudir Pondok Moden Annur, Penor akan diadakan selepas solat Maghrib.



SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDUL ADHA




IKUT KAMI DISINI..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH